Kes Saman Perlahankan Prestasi iPhone: Apple Tawarkan Diskaun Untuk Penggantian Bateri
Apple mengeluarkan kenyataan setelah berdepan dengan sembilan saman.
Baru-baru ini, syarikat gergasi teknologi dunia, Apple telah berdepan sembilan saman selepas mengaku bahawa sengaja memperlahan peranti lama iPhone
Memetik laporan Astro Awani, lapan saman difailkan di California, New York, Illinois, dan satu di Israel.
Syarikat itu akhirnya memohon maaf dan mengaku bahawa kemas kini sistem operasi atau digelar iOS 11 telah mengehadkan pembekalan kuasa dari bateri kepada peranti. Ini menyebabkan prestasi beberapa model iPhone lama terjejas.
Meskipun usaha Apple bertujuan untuk memanjangkan hayat bateri iPhone serta mengelakkan daripada iPhone auto shutdown, keputusan ini nampaknya menerima reaksi yang berbeza daripada para pengguna.
Pengguna iPhone mendakwa syarikat itu menipu mereka dengan memperlahankan peranti lama tanpa amaran bagi mengatasi masalah bateri lemah
Namun, Apple menegaskan bahawa mereka menggunakan sistem naik taraf perisian untuk menghadkan prestasi iPhone versi lama yang ada masalah bateri.
Apple bagaimanapun menjelaskan, kemas kini itu perlu bagi melindungi bateri model-model iPhone lama.
Ini kerana kualiti bateri lithium-ion yang semakin berkurangan, sekaligus menyebabkan iPhone versi lama terpadam dengan sendirinya.
Ramai juga mendakwa tindakan Apple sengaja dibuat menjelang pelancaran model iPhone baru, yang mungkin memaksa pelanggan membeli model baru yang dilancarkan
Ada juga sebelum ini yang menuduh Apple melakukan sedemikian.
Langkah itu telah mengundang kritikan pelbagai pihak yang berkata Apple sepatutnya menawarkan pertukaran bateri percuma yang boleh menyelesaikan masalah bukannya mengeluarkan kemas kini sistem operasi yang hanya mengehadkan kuasa bateri dan memperlahankan prestasi peranti iPhone yang lama.
Kejadian ini membuatkan lebih ramai pemilik iPhone versi lama mengamuk dan mengugut untuk bertukar kepada pesaing Apple iaitu Samsung.
Oleh sebab itu, Apple mula menawarkan diskaun penggantian batteri untuk peranti lama iPhone selepas disaman
Pada 28 Disember 2017, Apple telah mengeluarkan kenyataan dan memohon maaf kerana telah mengecewakan ramai pengguna dan menjelaskan tentang salah faham yang telah berlaku.
Dalam kenyataan berikut, Apple berkata akan mengurangkan kos penggantian bateri kepada pengguna bermula bulan hadapan dan menaik taraf sistem operasi iOS. Mereka juga memaklumkan kepada pengguna sama ada bateri iPhone mereka dalam keadaan baik atau perlu ditukar.
Tambah Apple lagi, harga penggantian bateri akan dikurangkan kepada AS$29 (RM117) berbanding AS$79 (RM320) untuk model iPhone dan 6 ke atas bermula bulan depan.
“Langkah ini bagi menghargai kesetiaan pengguna dan mendapatkan kembali kepercayaan pengguna yang ragu-ragu terhadap tindakan Apple,” kata syarikat itu.
Anda boleh baca surat penuh Apple di SINI.