Men’s Biore University Cup 2026 Himpun Lebih 400 Pelajar, Pasukan MMU & PMAS A Muncul Juara
Bertemakan 'Kontrol Game Anda', Men's Biore University Cup Tournament 2026 bina keyakinan generasi muda.
Cover image via Men’s Biore MalaysiaFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Dunia e-sport bukan lagi sekadar medan hiburan buat generasi muda. Sebaliknya, ia kini menjadi platform untuk mengasah bakat, mengukuhkan semangat berpasukan serta membina keyakinan diri
Menyedari perkembangan itu, Kao Malaysia menerusi jenama Men's Biore menganjurkan Men's Biore University Cup Tournament 2026 yang menghimpunkan lebih 400 pelajar daripada empat institusi pengajian tinggi awam dan swasta, selain penyertaan daripada pusingan kelayakan secara dalam talian.
Kejohanan yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM12,000 itu memperlihatkan kehebatan pemain menerusi dua permainan mudah alih popular, iaitu Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) dan Honor of Kings (HOK).
Naib Presiden Pemasaran Kao Malaysia, Tan Poh Ling berkata, e-sport hari ini bukan sekadar hobi, malah telah berkembang menjadi komuniti yang mampu membentuk disiplin, kerjasama dan ketahanan mental dalam kalangan anak muda.
Menurut Tan, Men's Biore mahu dikenali bukan hanya sebagai jenama penjagaan diri lelaki, sebaliknya sebagai jenama yang memahami gaya hidup dan minat generasi muda hari ini.


"Kami mahu menyediakan platform yang meraikan bakat anak muda sambil menggalakkan mereka mengamalkan penjagaan diri yang positif serta sentiasa tampil yakin dalam apa juga yang dilakukan," katanya.
Tambah Tan lagi, pihaknya juga berharap kejohanan itu dapat diperluaskan ke lebih banyak universiti pada masa depan menerusi kerjasama dengan institusi pendidikan serta komuniti e-sport di seluruh negara.
Bertemakan 'Kontrol Game Anda', kempen ini berjaya membawa mesej bahawa prestasi dalam permainan perlu diseimbangkan dengan penjagaan diri dan sikap positif. Ia selari dengan usaha Men's Biore mendekati generasi Z menerusi teknologi dan sukan.
Keputusan pertandingan Honor of Kings dan MLBB
Dalam perkembangan sama, pasukan Multimedia University (MMU) Malaysia berjaya muncul juara bagi kategori Honor of Kings selepas mempamerkan aksi konsisten dan strategi mantap sepanjang kejohanan. Tempat kedua dimenangi LXM ESPORT, manakala SCT TEAM turut dari pusingan dalam talian meraih tempat ketiga.
Bagi kategori Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), pasukan PMAS A yang mara menerusi pusingan kelayakan dalam talian muncul juara. Tempat kedua menjadi milik BOSS NAILONG dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), manakala UM x REIGN di tempat terbaik.
Sebelum beraksi di pentas akhir, para peserta terlebih dahulu bersaing dalam pusingan kelayakan yang diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Multimedia University (MMU) dan Universiti Putra Malaysia (UPM). Selain itu, pusingan kelayakan turut diadakan secara dalam talian bagi membuka peluang kepada lebih ramai pemain dari universiti seluruh Malaysia.


Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


