Menteri Jepun Kagum Dengan Fasiliti Canggih Pusat Rehabilitasi PERKESO Di Ipoh, Perak

Menurut beliau, skala dan konsep rehabilitasi berpusat yang dilaksanakan di pusat berkenaan merupakan satu inisiatif yang sangat maju.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Kosmo! & Sinar Harian

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Menteri Kesihatan, Buruh dan Kebajikan Jepun, Ueno Kenichiro melahirkan kekaguman terhadap kecanggihan fasiliti serta teknologi yang digunakan di Pusat Rehabilitasi Perkeso Sultan Nazrin Shah di Ipoh, Perak

Menurut laporan Kosmo!, kunjungan tersebut turut membuka ruang kepada potensi kerjasama antara Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dengan pihak Jepun dalam bidang rehabilitasi dan pemulihan tenaga kerja.

Kenichiro mengadakan lawatan ke pusat rehabilitasi terbesar di Asia Tenggara itu bagi melihat sendiri kemudahan serta sistem sokongan vokasional yang disediakan untuk membantu individu kembali bekerja.

SAYS.com

Ueno Kenichiro (duduk) mendengar penerangan mengenai teknologi yang terdapat di Pusat Rehabilitasi Perkeso Sultan Nazrin Shah, Ipoh, PerakImage via

Fadzil Zainol (Kosmo!)

Menurut beliau, skala dan konsep rehabilitasi berpusat yang dilaksanakan di pusat berkenaan merupakan satu inisiatif yang sangat maju.

"Saya berpendapat ini merupakan satu inisiatif yang sangat maju. Saya rasa di Jepun juga tidak banyak kemudahan yang menjalankan program rehabilitasi berpusat dalam skala yang sebesar ini," katanya.

Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Pengerusi Lembaga Perkeso, Datuk Seri Subahan Kamal dan Ahli Lembaga Perkeso, Tan Sri Mohd. Annuar Zaini.

Pusat Rehabilitasi Perkeso Sultan Nazrin Shah yang terletak di Meru Raya mula beroperasi pada Julai 2025 sebelum dirasmikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada Jun lalu

Selain menyediakan teknologi pemulihan fizikal, pusat berkenaan turut dilengkapi teknologi bertaraf dunia bagi membantu lebih ramai individu pulih dan kembali ke alam pekerjaan, termasuk golongan orang kurang upaya (OKU).

Kenichiro turut berbangga melihat teknologi dari Jepun digunakan di pusat berkenaan, selain menyifatkannya sebagai satu bentuk hubungan baik antara Jepun dan Malaysia.

SAYS.com
Image via Sinar Harian

Lawatan itu juga merupakan kunjungan pertama seorang pemimpin luar berstatus menteri ke pusat rehabilitasi berkenaan.

Kunjungan tersebut diadakan sebagai sebahagian daripada program Kenichiro sempena pertemuannya dengan rakan-rakan sejawat ASEAN di Kuala Lumpur.

Sementara itu, Subahan dan Mohd. Annuar berpandangan kehadiran delegasi Jepun berkenaan berpotensi mengeratkan lagi kerjasama antara fasiliti Perkeso dengan pihak Jepun, khususnya dalam bidang rehabilitasi dan teknologi pemulihan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: