Mercu Tanda Baharu Rawang, MOMOYO Buka Flagship Store Pertama Berkonsepkan Bakeri
MOMOYO turut membuka peluang dan menawarkan perniagaan francais kepada orang ramai.
Cover image via Momoyo MalaysiaFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Jenama minuman dan pencuci mulut terkemuka, MOMOYO, secara rasminya membuka flagship store pertama yang berkonsepkan bakeri di Bandar Tasik Puteri, Rawang
Pembukaan cawangan ini menjadi mercu tanda baharu komuniti setempat sekali gus menandakan langkah strategik dalam pelan pengembangan jenama berkenaan di Malaysia.
Pusat sehenti baharu ini mengagungkan konsep ruang yang lebih selesa dengan menawarkan rangkaian minuman popular MOMOYO seperti Fruit Tea, Milk Tea, Fresh Brew Tea, Matcha Series, Coffee Series, Egg Waffle dan Ice Cream Series bersama pilihan produk bakeri segar yang dibakar setiap hari.

Pengurus Besar MOMOYO Malaysia, Alex Tan berkata, pembukaan cawangan di Bandar Tasik Puteri merupakan pencapaian penting buat syarikat. Beliau menjelaskan bahawa pengenalan konsep bakeri ini bertujuan memberikan pelbagai pilihan sajian berkualiti tinggi kepada pelanggan untuk dinikmati bersama keluarga dan rakan-rakan dalam suasana mesra komuniti.
Membawa maksud More and More Young, MOMOYO kini berkembang pesat dengan memiliki lebih 1,500 cawangan di seluruh Asia. Berpegang kepada prinsip "Real Food, Real Taste", jenama ini mengutamakan penyediaan teh buah segar yang autentik serta hidangan pencuci mulut bergaya dopamin yang digemari oleh pelbagai peringkat umur.
Pensijilan halal bagi segmen MOMOYO Bakehouse kini berada dalam proses kelulusan
Dari segi pematuhan piawaian, MOMOYO telah pun memperoleh pensijilan halal rasmi, manakala permohonan pensijilan halal bagi segmen MOMOYO Bakehouse kini berada dalam proses kelulusan.
Sejajar dengan sasaran pengembangan agresif menuju 600 cawangan di seluruh negara, MOMOYO turut membuka peluang perniagaan francais kepada orang ramai.
Syarikat menyediakan sokongan menyeluruh merangkumi latihan operasi profesional, penyediaan dan pengetahuan produk, pengurusan kedai, serta perancangan strategi pemasaran tempatan pada kos permulaan yang mampu milik.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


