seismik

Meriah! Tun M Sambut Hari Jadi Ke-90 Dengan Elsa, Maleficent, Dan Ramai Lagi

Datuk kita belum tentu mahukan sambutan hari jadi sebegini.

Cover image via mynewshub.cc

Tun Mahathir, seorang ikon yang begitu berpengaruh di Malaysia malah di seluruh dunia kini sudah pun berusia 90 tahun

Tanpa kita sedar, usia bekas perdana menteri Malaysia yang disanjungi ramai ini telah mencecah angka 90. Jika dipanjangkan umur, 10 tahun lagi Tun M akan berusia 100 tahun!

Tapi jika dilihatkan pada rupa dan perwatakan beliau, Tun M tidak ubah seperti seorang yang berumur 70 tahun kerana personaliti beliau langsung tidak dimamah usia. Setuju?

Dilahirkan pada 10 Julai 1925, Tun M meraikan hari jadinya yang ke-90 dalam satu majlis yang begitu meriah sekali dengan kehadiran puluhan orang ternama

Tun M bergambar dengan Tan Sri Vincent Tan.

Image via www.themalaysianinisider.com

Majlis hari jadi bekas perdana menteri ini memang hebat dan meriah. Ia telah berlangsung di salah sebuah ballroom di kompleks Berjaya Times Square di Kuala Lumpur anjuran syarikat konglomerat Kumpulan Berjaya.

Sesuai dengan tema ‘A Night of Stars‘ sempena meraikan tarikh kelahiran negarawan pada 10 Julai lalu, parti besar-besaran itu dirasmikan oleh bilionaire yang juga Pengerusi Berjaya Corporation Berhad, Tan Sri Vincent Tan.

Pemilik kelab bola sepak Inggeris, Cardiff City itu turut menyampaikan ucapan alu-aluan bagi menghargai serta mengenang jasa sumbangan selama 22 tahun pemerintahan Tun Mahathir.

mynewshub.cc

Supermodel Malaysia, Amber Chia sempat merakam gambar kenangan bersama Tun M.

Image via Facebook Amber Chia

Sazzy Falak (kanan) dan suami turut hadir.

Image via Instagram Sazzy Falak

Mantan ketua kerajaan itu segak bergaya dengan pakaian tuxedo suit ala-ala James Bond; turut ditemani isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali anggun berbaju kurung Melayu

Lebih menarik, parti hari jadi Tun M juga dimeriahkan dengan kehadiran Elsa, Wolverine, Maleficent...

Image via mynewshub.cc

...dan sesetengah karakter dalam filem 'Alice In Wonderland'

Image via mynewshub.cc

Memang cool! Walaupun sudah berusia 90 tahun, jiwa Tun M dilihat sama seperti orang muda lain yang meminati watak animasi dan filem dari Hollywood.

Cuba bayangkan kalau datuk kita sambut hari jadi, adakah dia akan mengalu-alukan kedatangan makhluk-makhluk berambut merah seperti dalam gambar di atas?

Majlis turut diceriakan lagi dengan persembahan, upacara tiup lilin dan makan kek, dan macam-macam lagi

Beberapa poster ala-ala filem Hollywood juga dipaparkan bagi menyerlahkan personaliti hero dalam diri Tun M serta bagi mengabadikan kenangan manis beliau bersama isteri tercinta

Tun M dah macam James Bond.

Image via twitter @themmailonline

Manis kan?

Image via twitter @themmailonline

Selamat hari jadi yang ke-90 buat Tun Mahathir. Semoga dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang berpanjangan.

#relationshipgoal

Image via twitter.com

Jom kita layan reaksi Tun M terkejut pula DI SINI:

You may be interested in: