Messi Kini Jadi Penjaring Terbanyak Piala Dunia Sepanjang Zaman
Messi kini mengumpul 18 gol di kejohanan terbabit dengan memintas bekas penyerang Jerman, Miroslav Klose.
Cover image via AFAFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Lionel Messi kini bergelar penjaring gol terbanyak Piala Dunia sepanjang zaman selepas menjaringkan dua gol dalam perlawanan Argentina menentang Austria
Menerusi laporan Berita Harian, dua gol jaringan penyerang itu sekali gus membawa Argentina ke pusingan kalah mati kejohanan Piala Dunia FIFA 2026.
Messi kini mengumpul 18 gol di kejohanan terbabit untuk memintas penyerang Jerman, Miroslav Klose yang sebelum ini memegang gelaran terbabit antara 2002 hingga 2014.
Rekod baharu tersebut hadir pada minit ke-38 apabila dia menyudahkan hantaran hantaran lintang Facundo Medina untuk gol pembukaan Argentina.
Gol kedua juga daripadanya hadir pada masa tambahan separuh masa kedua apabila dia melakukan percubaan dari sudut kecil yang berjaya melepasi kawalan dua pertahanan Austria.

Messi mampu memecahkan rekod lebih awal lagi
Selepas lapan minit perlawanan dimainkan, Argentina diberikan sepakan penalti selepas Austria melakukan terjahan menerusi Stefan Posch dan Xaver Schlager ke atas Lautaro Martinez.
Walau bagaimanapun, Messi gagal menyempurnakan sepakan penalti apabila rembatannya tersasar ke sebelah kiri pintu gol Austria. Namun, selepas itu, segalanya bertukar menjadi malam bersejarah buat pemain berkenaan.
Messi setakat ini menjadi penjaring terbanyak Piala Dunia 2026 dengan lima gol dalam dua perlawanan selepas hatrik dalam kemenangan 3-0 ke atas Algeria pada perlawanan pertama.
Dengan enam mata, Argentina menyertai Mexico, Amerika Syarikat (AS) dan Jerman yang berjaya mengesahkan tempat ke pusingan kalah mati.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


