"Mesti Middle Child" - Niat Singgah Toilet, Sekali Gadis Ini Tertinggal Di Stesen Minyak
Bertabahlah sis.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Setiap daripada kita pasti pernah melalui kejadian lucu bersama keluarga tidak kiralah semasa kecil atau besar bukan?
Walaupun kadangkala ianya tidak disengajakan oleh ahli keluarga masing-masing, sudah pasti kita merasa geram dan tidak sangka insiden itu berlaku.
Sama juga seperti sebuah video yang viral di TikTok ini apabila seorang gadis merakam reaksi adik perempuannya yang tertinggal di stesen minyak telah mengundang tawa ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Niat nak singgah tandas buang air kejap, sekali tak sangka pula keluarga boleh tertinggal di stesen minyak
Menerusi video yang dimuat naik oleh @razzzamira, kelihatan mereka sekeluarga seperti sedang tergesa-gesa ingin ke satu destinasi.
Rupa-rupanya, ayah gadis itu tertinggal adik perempuannya yang singgah ke tandas stesen minyak tersebut untuk membuang air.
Apa yang lebih menarik, sebaik saja mereka patah balik ke tempat itu, reaksi adik perempuannya seolah-olah geram dan merungut kepada ayahnya membuatkan mereka tergelak.
"Pernah weh family aku tertinggal aku kat airport nasib baik time dah naik kereta baru perasan aku tak ada" - Warganet
Susulan tularnya video itu yang kini telah meraih 565.3K views, 58K likes dan 437 shares di TikTok, rata-rata warganet turut terhibur melihat reaksi adik perempuan gadis itu.
Malah, ramai yang berkongsi pengalaman sama mereka yang pernah tertinggal di R&R, lapangan terbang dan sebagainya.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok: