Miliki Kilang Sendiri Di Selangor, Jenama Bumiputera ONTHEGO Catat Jualan Puluhan Juta

Produk ONTHEGO telah mendapat pengesahan KKM dan kini dalam proses akhir untuk menerima Pensijilan Halal JAKIM.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Onthego Offical MY

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Di tengah-tengah persaingan sengit industri pemakanan sukan dan gaya hidup sihat, ONTHEGO F&B Industry Sdn Bhd mencatatkan pencapaian luar biasa apabila berjaya meraih hasil jualan mencecah angka lapan digit (puluhan juta ringgit) dalam tempoh kurang setahun beroperasi sepenuhnya

Kejayaan ini meletakkan jenama bumiputera tersebut sebagai antara pemain industri paling pesat berkembang dalam sektor kesihatan dan kecergasan negara.

Ditubuhkan dengan matlamat menyediakan alternatif produk kesihatan berkualiti tinggi pada harga mampu milik, ONTHEGO memulakan langkah pada tahun 2024 melalui pengeluaran bahan perasa sifar kalori (zero calorie seasoning). Produk ini merangkumi variasi perisa tempatan dan antarabangsa seperti:

  • Lada hitam, kicap pedas, dan rendang special.
  • Perapan bakar, satay special, dan tandori.

SAYS.com
Image via Onthego Offical MYImage via Onthego Offical MY

Melihat kepada sambutan memberangsangkan kerana formulasinya yang bebas pewarna tambahan dan tanpa garam berlebihan, syarikat mengorak langkah ke hadapan dengan meluncurkan rangkaian suplemen kecergasan termasuk whey protein dan creatine.

"Produk serbuk protein kami hadir dengan perisa premium seperti chocolate indulgence, coffee hazelnut royale, salted caramel, hingga ke durian musang king. Ia dirancang tanpa gula putih atau pemanis tiruan, sebaliknya menggunakan pemanis semula jadi stevia yang lebih selamat untuk nutrisi harian," jelas Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif, Abdul Arieff Abas (33 tahun).

Beliau turut menambah bahawa produk tersebut telah mendapat pengesahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan kini dalam proses akhir untuk menerima Pensijilan Halal JAKIM yang dijangka diperoleh pada Ogos ini.

Kelebihan memiliki kilang sendiri di Selangor

Antara faktor utama yang membedakan ONTHEGO daripada pesaing lain ialah keupayaan mereka memiliki dan mengoperasikan fasiliti pengeluaran sendiri di Selangor.

Menurut Pengasas dan Pengarah Urusan, Muhammad Emuff Dhiya Ishak (35 tahun), pembuatan secara domestik ini memberikan kelebihan dari segi kawalan kualiti yang ketat, ketelusan penyelidikan (R&D), serta kecekapan operasi tanpa bergantung kepada produk siap yang diimport. Bagi menjamin standard keselamatan tertinggi, kesemua produk turut melalui ujian makmal pihak ketiga yang diiktiraf, termasuk SGS.

Pertumbuhan pantas jenama ini turut dipacu oleh strategi pemasaran digital yang agresif menerusi sesi siaran langsung (live) yang interaktif serta kolaborasi strategik bersama artis dan pempengaruh tempatan.

Di samping itu, ONTHEGO aktif membina pengaruh dengan menyokong ekosistem kecergasan tempatan melalui penajaan atlet bina badan dan penajaan pelbagai acara sukan secara konsisten.

Dengan kedudukan fundamental yang semakin kukuh, ONTHEGO kini meletakkan sasaran seterusnya untuk memperluas portfolio produk dan bersedia mengatur langkah bagi menembusi pasaran global.

SAYS.com
Image via Onthego Offical MY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: