Misi Global Sumud Flotilla 2.0 Bakal Berlepas Dari Barcelona, Sepanyol Bermula 12 April Ini

Ia turut melibatkan Misi Kemanusiaan membabitkan 30 kontena dari Malaysia ke Gaza.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Bernama & MWN

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Delegasi Global Sumud Flotilla (GSF), yang seterusnya dijadual berlepas dari Barcelona ke Gaza pada 12 April

Menerusi laporan Bernama, GSF memaklumkan misi itu bertujuan menentang kepungan Israel ke atas Gaza selain memberikan respons terhadap krisis kemanusiaan dan politik yang semakin meruncing dihadapi rakyat Palestin.

Misi ini menggabungkan usaha terancang yang diselaraskan dengan mobilisasi antarabangsa di darat, menghubungkan solidariti, advokasi undang-undang dan tekanan masyarakat pada peringkat akar umbi yang merentasi pelbagai negara.

"GSF belayar kerana kesan lebih buruk perlu ditanggung jika tidak bertindak. Ketika Gaza berdepan sekatan, keganasan dan penafian yang semakin memuncak, misi ini merupakan intervensi berprinsip dan tanpa kekerasan, mempertahankan maruah manusia, menggesa akses kemanusiaan serta menuntut kebertanggungjawaban antarabangsa.

"Ini untuk mencabar sekatan dan keganasan, serta memperlihatkan tindakan politik dan solidariti yang terselaras di seluruh dunia," menurut GSF.

SAYS.com
Image via Harian Metro

Peserta terdiri daripada petugas awam termasuk doktor, guru dan pembina ekologi

Misi itu turut disertai petugas awam termasuk doktor, guru dan pembina ekologi, yang bersedia memberikan bantuan segera, perkhidmatan penjagaan komuniti dan pembinaan semula pada peringkat awal bersama-sama dengan rakyat Palestin.

"Ketika armada berlepas, rakan kerjasama dari pelbagai negara bersedia untuk digerakkan secara serentak, memperhebat tekanan politik, perundangan dan akar umbi, meningkatkan keterlibatan dan memperkukuh akauntabiliti di bawah undang-undang antarabangsa serta memperkasakan kempen solidariti global.

"Flotila ini bukan sekadar tindakan maritim, malah pernyataan moral dan politik yang tegas, memperkukuh suara rakyat Palestin serta menunjukkan bahawa sikap tidak bertindak dalam menghadapi keganasan yang semakin memuncak bukan satu pilihan," menurut GSF.

Difahamkan, misi GSF tahun ini dirancang untuk memberikan impak, dan menyifatkannya sebagai intervensi awam yang disusun rapi pada saat keganasan dan krisis kemanusiaan semakin memuncak.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik