seismik

Misteri Gegaran Di Ipoh, Perak, Ledakan 'Sonic Boom' Mungkin Punca Bunyi Dentuman Kuat?

Ia ekoran satu gegaran kuat dilaporkan berlaku di kawasan sekitar Ipoh, 11.06 pagi 21 Oktober 2024.

Cover image via Flickr & Spike Aerospace

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kecoh sejak semalam, 21 Oktober 2024 mengenai satu gegaran kuat dilaporkan berlaku di kawasan sekitar Ipoh pada jam 11.06 pagi sehingga menimbulkan rasa cemas dalam kalangan penduduk bandar raya itu

Menurut laporan Harian Metro, seorang penduduk bernama M Diviya, 30 berkata, dia dan rakan sekerja berlari keluar dari pejabat mereka di Medan Istana sebaik saja merasai gegaran tersebut.

"Ketika kejadian, saya sedang lakukan kerja di bilik. Tiba-tiba, saya rasa bangunan bergegar, pintu kaca seakan hendak pecah.

"Dalam masa sama, saya terdengar bunyi seakan dentuman dari bahagian atas bangunan, jadi kami terus berlari keluar dari pejabat kerana risaukan keselamatan diri.

"Saya sudah hubungi Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) untuk maklumkan kejadian ini," katanya.

Image via Harian Metro

Seorang lagi saksi, Noor Zaiti Nabilah Ahmad, 32, berkata dia turut berlari keluar dari pejabat guaman di Medan Istana, di sini sebaik merasai gegaran itu.

"Apabila dengar bunyi yang kuat, terlintas di fikiran saya itu mungkin bunyi bom. Kami rasa amat terkejut.

"Sepanjang enam tahun bekerja di sini, inilah kali pertama saya rasai pengalaman begini," katanya.

'Sonic boom' mungkin punca bunyi dentuman di Ipoh

Menurut laporan Berita Harian pula, penganalisis pertahanan iaitu Zaki Salleh berkata kejadian gegaran dan dentuman kuat yang dirasai di beberapa kawasan sekitar Ipoh berkemungkinan berpunca daripada ledakan sonik.

Menjelaskan kebarangkalian itu, beliau berkata ledakan sonik adalah bunyi kuat berpunca dari gelombang kejutan yang dicipta sebarang objek sedang bergerak melalui udara dan mencapai kelajuan lebih pantas berbanding kelajuan bunyi.

Gambar sekadar hiasan.

Image via The Star

"Ledakan sonik ini menghasilkan tenaga bunyi yang sangat tinggi kerana pesawat terbang pada kelajuan supersonik.

"Bunyi dentuman sonik ini tidak menyebabkan apa-apa kesan kepada pesawat, malah tiada berlaku letupan pun di udara.

"Kebiasaannya, protokol ketenteraan mengehadkan penerbangan supersonik kepada operasi di atas air untuk meminimumkan kesan ke atas kawasan berpenduduk," katanya.

Namun begitu, beliau menegaskan bahawa hanya pihak berkuasa penerbangan atau tentera boleh mengesahkan punca sebenar bunyi dentuman terbabit.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

More stories to read: