MMW Bone Alignment Centre Perkenal MMW Method; Alternatif Pelarasan Struktur Badan Tanpa Pembedahan

Untuk rekod, MMW Method memfokuskan kepada keseluruhan "garis daya" tubuh.

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Masalah sakit lutut dan tulang belakang akibat gaya hidup moden kini menemui jalan penyelesaian baharu menerusi pelancaran MMW Method oleh MMW Bone Alignment Centre

Diasaskan oleh Wong Sifu (Dr. Max Wong), kaedah unik ini menggabungkan prinsip seni bela diri, biomekanik dan pengetahuan tradisional pelarasan tulang bagi menangani punca sebenar ketidakseimbangan tubuh.

Berbeza dengan urutan konvensional yang hanya melegakan otot, MMW Method memfokuskan kepada keseluruhan "garis daya" tubuh. Menurut Wong Sifu, ramai individu mengalami kesakitan kronik kerana struktur tubuh yang tidak seimbang untuk tempoh yang lama, bukannya kecederaan setempat semata-mata.

"Banyak masalah sakit pinggang atau lutut sebenarnya berpunca daripada struktur tubuh yang 'lari'. Jika struktur tidak diperbetulkan, rawatan pada kawasan sakit hanya bersifat sementara. Matlamat kami adalah mengembalikan fungsi asal tubuh," jelas beliau.

SAYS.com
Image via MMW Bone Alignment Centre

Menawarkan pilihan alternatif yang efektif bagi kes yang belum mencapai tahap serius

MMW Method menekankan pendekatan non-invasive yang selamat dan terkawal. Setiap individu akan melalui proses penilaian rapi sebelum pelarasan dilakukan bagi memastikan tiada gerakan kasar atau paksaan yang melampaui kemampuan badan.

Walaupun tidak bertujuan menggantikan pembedahan secara mutlak, kaedah ini menawarkan pilihan alternatif yang efektif bagi kes yang belum mencapai tahap serius, sekali gus membantu melambatkan atau mengelakkan prosedur invasif yang tidak perlu.

Seiring dengan peningkatan kes sakit tulang belakang dalam kalangan golongan muda akibat duduk terlalu lama, MMW Bone Alignment Centre menyeru masyarakat untuk lebih peka terhadap postur dan imbangan struktur badan demi kesejahteraan jangka panjang.

SAYS.com
Image via MMW Bone Alignment Centre

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: