Mohon UiTM Pertimbangkan, Ramai Alumni MassComm Luah Rasa Kecewa Fakulti Bakal Digabungkan
Sebagai rekod, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM menyambut jubli emasnya pada tahun ini.
Umum sedia maklum, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM), Universiti Teknologi Mara (UiTM) menyambut jubli emasnya pada tahun ini
Malah, malam tadi juga telah berlangsungnya makan malam khas dan merupakan acara kemuncak dalam kalangan alumni bagi meraikan '50 Tahun Gemilang Bersama MassComm'.
Begitupun, terdapat satu pengumuman khas turut dibuat pada malam tadi oleh Naib Canselor UiTM, Prof. Dr. Roziah Mohd. Janor mengenai penstrukturan dan penubuhan kolej yang telah melibatkan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Fakulti Komputer Sains dan Matematik serta Fakulti Pengurusan Maklumat sebagai Kolej Pengkomputeran, Informatik dan Media.
Dalam pada itu, menerusi posting yang dibuat oleh seorang bekas pensyarah kanan FKPM iaitu Hariyati Ariffin di laman Facebooknya memberitahu, Fakulti MassComm menyambut ulang tahunnya yang ke-50 tahun malam tadi adalah sambutan terakhir sebagai sebuah Fakulti.
Lihat posting penuh yang dimuat naik oleh beliau di bawah:
Graduan MassComm berada di mana-mana sahaja dalam atmosfera industri media negara
Menurut Hariyati lagi, banyak sudah jasa Fakulti MassComm atau Fakulti Komunikasii dan Pengajian Media yang dulunya dikenali sebagai Kajian Sebaran Am dalam melahirkan wartawan terhebat, teknokrat dan pelbagai lagi.
"Namun seiring dengan kepesatan teknologi kita akur bahawa banyak perkara mesti berubah demi kelangsungan hidup manusia. Kita mesti menerimanya walau rasa pahit dan sedih.
"Apa pun, MassComm akan sentiasa dihati dan akan tetap dikenang oleh semua alumninya sebagai Fakulti terbaik yg banyak melahirkan orang-orang media dan golongan serba boleh di negara kita ini. Goodbye MassComm... kau sentiasa dihatiku, dulu kini dan selamanya," kongsinya.
Satu petisyen kepada UiTM telah dimulakan di platform media sosial change.org sebagai usaha membantah penggabungan berkenaan
Dalam petisyen berkenaan, dinyatakan mulai Oktober 2022 ini MassComm akan digabungkan di bawah Fakulti Komputer Sains dan dikenali sebagai "Kolej Pengajian Pengkomputeran dan Komunikasi" Fakulti baru ini akan diketuai oleh Dekan Komputer Sains.
Banyak sudah jasa-jasa Fakulti MassComm atau Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media yang dulunya dikenali sebagai Kajian Sebaran Am. Melahirkan wartawan terhebat, teknokrat dan pelbagai lagi.
Jadi sebagai alumni MassComm saya bantah penggabungan tersebut. Biar fakulti MassComm terus wujud.
"Eh, serius ke puan? Apa semua ni? Merepek lah. MassComm patut berdiri sendiri!" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen pula mendapati, rata-rata netizen dalam kalangan alumni MassComm sendiri meluahkan rasa kecewa dan terkejut dengan pengumuman yang dibuat.
Ada juga menyatakan MassComm bakal hilang identiti sendiri jika digabungkan dengan fakulti-fakulti lain.
Malah, ada di antara mereka juga mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Fakulti MassComm dalam melahirkan graduan yang berkualiti untuk industri media negara.
Berikut antara komen menarik netizen di Facebook:
Sementara itu, UiTM MassComm tampil memberi penjelasan dalam satu kenyataan di Facebook mengenai isu yang tular
Berikut di bawah adalah kenyataan penuh yang dimuat naik UiTM MassComm mengenai isu mengenai penstrukturan dan penubuhan kolej yang tular:
Sedikit sejarah mengenai FKPM yang dahulunya dikenali sebagai Kajian Sebaran Am yang menjadi perintis kepada pendidikan komunikasi dan media sejak 1972.
FKPM menawarkan lima program peringkat Ijazah Sarjana Muda iaitu Kewartawanan, Penyiaran, Penerbitan, Pengiklanan dan Perhubungan Awam.
Seiring dengan peredaran masa, FKPM menambah empat program baharu iaitu Komunikasi Instruksional dan Latihan, Komunikasi Interpersonal, Pengurusan Komunikasi dan Polisi serta Komunikasi Media Baharu.
FKPM turut menawarkan dua program Diploma iaitu Diploma Komunikasi dan Media serta Komunikasi Media Baharu, selain program peringkat Sarjana iaitu Sarjana Komunikasi Massa, Media dan Perang Saraf serta Kewartawanan.
Selain itu, program peringkat Doktor Falsafah turut diperkenalkan iaitu Ijazah Doktor Falsafah Komunikasi Massa serta Media dan Perang Saraf.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!