seismik

Penangan K-Drama Punya Pasal, Usahawan Ini Cipta Minuman Soju... Tapi Versi Halal. Daebak!

Minuman tanpa alkohol yang dicipta olehnya itu telah dikembangkan kepada beberapa perisa termasuklah yogurt, laici, teh hijau dan strawberi.

Cover image via KPop Mag & Instagram @warungminiummik

Tidak dapat dinafikan, industri hiburan daripada Korea Selatan telah menjadi fenomena besar di negara kita

Perkembangan muzik, drama serta filem dari negara republik terbabit membuatkan bukan sahaja orang kita malah masyarakat dari serata dunia semakin terdedah dengan budaya dan kehidupan orang Korea.

Image via Scout Mag

Ekoran daripada itu, ramai yang mula terpengaruh dengan budaya dari sana. Bermula daripada hiburan, seterusnya makanan, sehinggalah kepada skin care routine, make-up serta fesyen, rata-rata orang mula mendapat inspirasi daripada orang Korea.

Sama seperti yang berlaku kepada seorang usahawan ini yang terinspirasi untuk menghasilkan minuman 'keras' soju, tapi versi halal!

Bagi peminat tegar drama Korea atau K-Drama pasti mengetahui minuman beralkohol yang sangat popular di Korea iaitu soju.

Difahamkan, sebotol soju mengandungi alkohol sebanyak 17 hingga 20 peratus dan minuman itu diperbuat daripada nasi, gandum atau kentang, dan ianya mudah didapati di Korea pada harga serendah satu dolar.

Ekoran gemar dan terpengaruh dengan K-Drama, Sovi, seorang usahawan kulinari dari Bandung telah mencipta soju versi halal yang dinamakan Mojiso.

Kata Sovi, "Idea tercetus kerana sering menonton drama Korea dan ingin mencuba makanan dan minuman yang ada dalam drama."

Menurut Sovi, Mojiso tidak seperti soju oleh kerana bahan yang digunakan 100% berbeza membuatkannya halal.

“Ada banyak makanan Korea yang halal yang saya sudah cuba. Namun, saya belum mencuba minuman mereka,” katanya lagi.

Setelah mengetahui resipi mojito (minuman koktail) dari rakannya yang memiliki sebuah kafe, Sovi kemudiannya bereksperimen dengan resipi soju.

Mojiso yang dicipta olehnya itu telah dikembangkan kepada beberapa perisa termasuklah yogurt, laici, teh hijau, dan strawberi

Menariknya, minuman tanpa alkohol yang dinamakan Mojiso itu digambarkan sebagai ‘Korean sparkling water’ telah dipasarkan mirip seperti botol soju yang berwarna hijau.

Sovi mula memasarkan hasil ciptaannya bersama rakannya yang memiliki kedai makanan dalam talian iaitu Warung Mini Ummik Project dengan harga 45,000 Rupiah (RM12.80).

Dikhabarkan, jualan minuman sparkling itu mendapat respon positif dan semakin berkembang.

Walau bagaimanapun, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan sebelum ini pernah memuat naik artikel mengenai produk minuman yang menyerupai arak.

Untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh singgah ke pautan ini.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: