Monsun Timur Laut Dijangka Datang Lebih Awal, Berakhir Lewat Akibat Super El Nino

Kajian terdahulu menunjukkan MTL cenderung bermula lebih awal dan berakhir lebih lambat ketika fenomena El Nino berlaku.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Kosmo! & METMalaysia

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Monsun Timur Laut (MTL) yang lazimnya bermula pada penghujung Oktober atau awal November berkemungkinan tiba lebih awal tahun ini susulan fenomena Super El Nino

SAYS.com
Image via METMalaysia

Menurut laporan Kosmo!, Pensyarah Kanan Fakulti Sains dan Sekitaran Marin, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr. Chung Jing Xiang berkata, fenomena itu turut berpotensi menyebabkan musim tengkujuh berakhir lebih lewat daripada kebiasaan, iaitu pada Mac.

Menurut beliau, kajian terdahulu menunjukkan MTL cenderung bermula lebih awal dan berakhir lebih lambat ketika fenomena El Nino berlaku.

"Kalau ikut kajian lepas, MTL biasanya akan tiba lebih awal dan berakhir lebih lambat pada tahun terjadinya El Nino.

"Dijangkakan perkara sama juga terjadi (tahun ini). Kejadian Super El Nino memang akan mempengaruhi MTL,"
katanya.

Fenomena Super El Nino yang dijangka berlaku pada November dan Disember depan serta berpotensi berlanjutan hingga tahun hadapan berlaku susulan pemanasan suhu permukaan laut di bahagian tengah dan timur Lautan Pasifik

Bagaimanapun, Chung berkata risiko banjir besar pada musim tengkujuh kali ini dijangka lebih rendah berikutan taburan hujan yang diramalkan berkurangan akibat fenomena tersebut.

Namun, katanya, kejadian banjir tidak hanya bergantung kepada El Nino, sebaliknya turut dipengaruhi beberapa faktor lain seperti luruan monsun, lekukan Borneo dan Ayunan Madden-Julian (MJO).

Beliau berkata ketibaan MTL boleh dikenal pasti menerusi perubahan arah angin yang bertiup secara berterusan dari timur laut dengan kelajuan lebih kencang.

Dalam tempoh berkenaan, luruan udara sejuk dari pedalaman Siberia, Rusia juga dijangka memasuki perairan Laut China Selatan.

Keadaan itu boleh membawa episod hujan lebat berterusan terutama di Pantai Timur, Johor Timur, Sabah dan Sarawak, selain menyebabkan perairan Laut China Selatan bergelora serta meningkatkan kekerapan ombak besar.

Pada masa sama, tiupan angin kencang juga berpotensi menyebabkan kenaikan paras laut

SAYS.com
Image via Kosmo!Image via

Chung turut mengingatkan bahawa taburan hujan yang rendah tidak semestinya membawa berita baik kerana keadaan itu boleh menjejaskan bekalan air negara.

"Kekurangan taburan hujan itu dibimbangi menjejaskan takungan air di empangan-empangan utama di seluruh negara.

"Hujan berlebihan yang biasanya dibawa pada tengkujuh walaupun amat memudaratkan tetapi ia tetap merupakan sumber air penting dalam pengisian empangan kita,"
katanya.

Malaysia sebelum ini pernah berdepan fenomena El Nino yang sangat kuat pada 1983, 1997 dan 2015.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: