Mr VIP Filem Terbitan Synergy Plus, Inifinity Films Dari Arab Pilih Kuala Lumpur Sebagai Lokasi Utama

Naskhah berprestij itu menampilkan gandingan hebat antara aktor sensasi terkemuka Timur Tengah, Karim Abdel Aziz, bersama pelakon jelita, Yasmine Sabri.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Synergy Plus | Inifinity Films

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Industri perfileman antarabangsa kini terus memberikan pengiktirafan tinggi kepada landskap domestik apabila sebuah filem mega terbitan negara Arab yang diberi judul sementara Mr VIP memilih Malaysia sebagai lokasi penggambaran utama

Naskhah berprestij ini menampilkan gandingan hebat antara aktor sensasi terkemuka Timur Tengah, Karim Abdel Aziz, bersama pelakon jelita, Yasmine Sabri.

Projek berskala besar ini diterbitkan oleh salah sebuah syarikat produksi gergasi dalam dunia perfileman Arab, Synergy Plus, dengan kerjasama strategik bersama Infinity Films yang diterajui oleh Abdulrahman Suud.

Sesi penggambaran filem arahan sutradara Mootaaz El Tomy ini dilaporkan telah berlangsung secara tertutup dan dikawal ketat atas faktor privasi sejak 21 Jun lalu di sekitar ibu negara, dengan mengambil masa lebih daripada dua minggu untuk disiapkan sepenuhnya.

SAYS.com
Image via Synergy Plus | Inifinity Films

Di sebalik kerahsiaan kos keseluruhan pembikinannya, projek antarabangsa ini mendapat sokongan padu daripada kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bagi menyokong kempen promosi pelancongan negara.

Kelancaran proses produksi di lapangan turut dijayakan dengan kerjasama erat daripada agensi rasmi lain termasuk Agensi Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sebanyak 40 peratus daripada keseluruhan penggambaran filem bercorak komedi sosial disiapkan di Malaysia

Penerbit Eksekutif filem tersebut, Abdulrahman Suud, menzahirkan rasa bangga kerana dapat mempromosikan Malaysia ke pasaran perfileman Timur Tengah setelah menetap di negara ini selama puluhan tahun.

Beliau mendedahkan bahawa sebanyak 40 peratus daripada keseluruhan penggambaran filem bercorak komedi sosial ini disiapkan di Malaysia, malah keseluruhan proses pasca-produksi (post-production) juga dijadualkan berlangsung di sini.

Menurut beliau, kedua-dua pihak produksi memanfaatkan keindahan seni bina dan alam semula jadi ibu kota secara maksimum bagi mempamerkan keunikan budaya serta hospitaliti rakyat Malaysia kepada penonton luar. Hubungan diplomatik yang erat antara Malaysia dan Mesir juga menjadi pemacu utama yang mendorong pemilihan lokasi ini sebagai tanda penghormatan dan kasih sayang antara kedua-dua buah negara.

Sebagai seorang ahli perniagaan yang telah bermastautin di Kuala Lumpur sejak tahun 1992, Abdulrahman yang dilahirkan di Iraq meletakkan sasaran jangka panjang untuk membuka lebih banyak ruang kerjasama seni pada masa hadapan. Beliau bercita-cita mahu melihat syarikat penerbitan filem dan program televisyen dari dunia Arab terus menjadikan Malaysia sebagai destinasi penggambaran utama yang kompetitif.

SAYS.com
Image via Synergy Plus | Inifinity Films

Mengulas mengenai polisi penggambaran yang sangat ketat di ibu kota, beliau menjelaskan langkah itu terpaksa diambil berikutan status Karim Abdel Aziz sebagai bintang nombor satu dan antara pelakon termahal di dunia Arab, di mana sebarang pendedahan visual dari set penggambaran adalah dilarang sama sekali bagi mengelakkan gangguan daripada peminat.

Secara keseluruhan, pengoperasian produksi filem Mr VIP sepanjang berada di Malaysia telah membuka peluang ekonomi dan pertukaran kepakaran yang luas apabila berjaya membabitkan seramai 220 orang kru teknikal tempatan, di samping 33 orang kru dan artis yang diterbangkan khas dari Mesir.

Naskhah yang menonjolkan kisah pasangan suami isteri ini turut diperkuatkan lagi dengan kehadiran pelawak terkenal Mesir, Mostafa Khater. Sinergi ini diharapkan mampu menjadi pemecah sempadan baharu dalam meletakkan Malaysia sebagai hub penggambaran filem global yang serba lengkap, selamat dan mesra pelabur asing.

SAYS.com
Image via Synergy Plus | Inifinity Films

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: