seismik

Belum Bagi Duit Raya? 'No Problem!', Kirimkan Kepada Yang Tersayang Dengan DuitNow!

Lagi senang tak payah isi nombor akaun bank yang panjang itu.

Cover image via Berita Harian & Hong Leong Bank

Artikel ini ditaja oleh DuitNow.

Setiap kali menjelangnya Aidilfitri, selalunya anak-anak muda inilah adalah orang yang paling 'happy' sebab mereka dapat sampul raya daripada sanak-saudara

Tidak terkejut, jika anak-anak muda zaman sekarang dapat mengumpul sampul raya yang di dalamnya berisi duit raya mencecah ratusan ringgit, malah ada kalanya mereka yang bertuah, boleh juga mencecah ribuan ringgit.

Pemberian duit raya juga dianggap sedekah, iaitu ibadat yang besar pahalanya dan mampu mengeratkan silaturahim serta dilihat sebagai amalan yang membuka pintu rezeki, terutamanya pada bulan Syawal.

Malangnya, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu telah mengehadkan aktiviti ziarah raya

Secara tidak langsung ia mempengaruhi kaedah pemberian sampul raya kepada sanak-saudara mahupun kenalan disebabkan terpaksa berjauhan selain kurang kunjungan antara satu sama lain.

Di sebalik kesukaran itu ada jalan lain bagi membantu pemberian duit raya ini kepada keluarga tersayang.

Mujurlah sekarang ini dah ada DuitNow! Masukkan saja nombor telefon dah boleh terus transfer duit raya

Image via RHB

DuitNow adalah perkhidmatan transaksi elektronik yang membolehkan pemindahan atau pembayaran wang dilakukan hanya menggunakan nombor telefon, berbanding nombor akaun bank.

Perkhidmatan ini tidak memiliki aplikasi sendiri, sebaliknya pengguna perlu menggunakan aplikasi perbankan mudah alih atau dalam talian milik bank masing-masing untuk menggunakan perkhidmatan DuitNow.

Namun begitu, masih ramai lagi yang tidak tahu cara paling mudah untuk menggunakan DuitNow ini

Image via Twitter

Tetapi, ada juga yang turut membantu dalam memberi penjelasan mengenai DuitNow ini

Image via Twitter

Melalui DuitNow, pengguna boleh linkkan nombor telefon bimbit atau MyKad ke akaun bank mereka.

Selepas memautkannya, pengguna boleh menerima pembayaran terus ke akaun mereka. Langkah ini sekali gus telah memudahkan beberapa proses pembayaran.

Ikuti langkah mudah di bawah:

  • Log masuk ke Perbankan Internet atau Mudah Alih dengan menggunakan Username dan kata laluan anda yang sah
  • Pilih perkhidmatan DuitNow di bawah menu Fund Transfer
  • Masukkan nombor telefon bimbit penerima atau pilih dari senarai Contacts anda
  • Pilih akaun anda yang akan digunakan, namun kebiasaannya ia adalah Default di mana nombor akaun simpanan akan dipaparkan
  • Masukkan nilai wang yang hendak dipindahkan dan tekan butang Transfer Money
  • Skrin akan memaparkan maklumat penerima untuk pengesahan
  • Klik butang Approved sekiranya maklumat penerima adalah betul
  • Pindahan wang akan dilakukan serta merta dan setelah berjaya dipindahkan, anda akan menerima SMS dari pihak bank yang menyatakan pindahan wang telah berjaya dilakukan

Untuk menerima atau transfer duit raya ketika ini, daftar segera dengan DuitNow sekarang!

Image via DuitNow

Setiap nombor MyKad atau nombor telefon hanya boleh dipautkan kepada satu akaun bank sahaja.

Sekiranya anda telah berdaftar, namun ingin menggunakan nombor telefon atau nombor MyKad untuk akaun bank lain, maka anda perlu menyah daftar akaun terdahulu sebelum boleh membuat pendaftaran bagi akaun baru.

Layari laman web DuitNow untuk maklumat lebih lanjut.

Benda boleh jadi mudah, kenapa pilih cara susah?

Image via GIPHY

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik