seismik

Ingin Tamatkan Prejudis Agama, Ketua Mufti Dan Archbishop KL Adakan Sesi "Hati Ke Hati"

Semoga Tuhan merahmati kita semua.

Cover image via Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri/Facebook

Satu pertemuan bersejarah telah berlangsung semalam diantara Mufti Wilayah Persekutuan, Ustaz Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dengan Ketua Biskop Kuala Lumpur, Julian Leow

Pertemuan bersejarah ini diadakan bertujuan bagi membincangkan mengenai pelbagai isu termasuk keperluan toleransi dan saling menghormati antara agama.

Pertemuan ini dianggap satu usaha terpuji dan perkembangan yang sangat baik ketika negara berdepan ketegangan antara kedua-dua komuniti itu susulan kontroversi berhubung satu seminar anti Kristian yang diadakan di Universiti Teknologi Mara hujung tahun lalu.

themalaysianinsider.com

Menerusi Facebook, Ustaz Dr Zulkifli merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas kunjungan bersejarah Leow ke pejabatnya di Kuala Lumpur

Sementara itu, Presiden Global Unity Network, Shah Kirit memberitahu bahawa kedua-dua pemimpin agama itu begitu teruja dapat mengadakan perbualan "hati ke hati"

Ustaz Zulkifli bersama Presiden Global Unity Network, Shah Kirit.

Image via Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri/Facebook

Shah memberitahu kedua-dua pihak gembira dengan pertemuan itu dan Zulkifli dijangka turut mengadakan kunjungan hormat kepada Leow pada tarikh yang akan ditentukan secepat mungkin.

"Mereka gembira dapat bercakap dengan satu sama lain dan mufti berkata, seseorang yang mengaku menganut mana-mana agama, secara semula jadinya, tidak akan suka berkonflik.

"Ketua biskop pula bercerita mengenai bagaimana rakyat Malaysia daripada latar belakang berbeza boleh hidup bersama dengan aman 40 tahun yang lalu dan kita mesti wujudkan semula suasana itu," kata Shah.

themalaysianinsider.com

Pada mulanya, Leow meminta untuk bertemu para imam masjid. Kemudian Shah mencadangkan supaya ketua biskop itu terus bertemu mufti, dan Leow bersetuju.

Beliau berkata, pertemuan itu diadakan selepas dirancang selama 2 bulan.

"Apabila saya bangkitkan perkara itu dengan mufti, beliau sangat gembira mendengar ketua biskop tersebut ingin bertemunya. Begitulah bagaimana pertemuan itu akhirnya terjadi," kata Shah lagi.

themalaysianinsider.com

Shah berkata kumpulan itu sering menerajui penganjuran pelbagai program yang mempromosikan pertemuan dan aktiviti antara agama.

"Kami menganjurkan majlis berbuka puasa antara 25 imam masjid dan 25 paderi Kristian sebelum ini dan kami juga pernah menerima sekumpulan ustaz dan ustazah melawat gereja dan kuil pada tahun-tahun sebelum ini," katanya.

themalaysianinsider.com

Sememangnya, prejudis dan syak wasangka antara agama tidak membawa manfaat kepada sesiapa pun.

Bukankah keharmonian seperti ini yang kita mahukan?

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi di SAYS:

You may be interested in: