seismik

Pakai Jersi Bola Dan 9 Lagi Perkara Haram Menurut Mufti Dan Pendakwah Malaysia

Emmm…No komen.

Cover image via tinypic.com

Ramai yang tidak sedar atau buat-buat tidak sedar bahawa banyak perkara yang sering kita lakukan dalam kehidupan seharian kita adalah salah disisi agama Islam.

Sebagai Muslim di Malaysia, ada beberapa perkara yang ditekankan oleh mufti dan juga pendakwah Islam yang didakwa haram dilakukan kerana bercanggah dengan syariat agama. Antaranya:

1. Gulingkan kerajaan

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, hukum menggulingkan kerajaan memerintah adalah haram di sisi agama Islam

Menurut beliau, perkara itu ditekankan kerana kerajaan sedia ada telah diberi mandat secara sah oleh rakyat melalui cara yang sah.

"Walaupun pemerintah yang dipilih itu zalim sekalipun tetapi tindakan menggulingkannya tetap haram dan umat Islam tidak melakukan tindakan sedemikian.

"Dan disebabkan itu diwajibkan bagi setiap umat Islam untuk menasihati pemimpin dan tindakan menasihatkan pemimpin zalim itu adalah jihad terbesar," katanya.

sinarharian.com.my

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Image via english.astroawani.com

2. Hisap vape

Image via www.tumblr.com

Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad menjelaskan rokok elektronik hukumnya haram berdasarkan qiyas kepada rokok sebenar serta mungkin lebih memudaratkan berbanding rokok biasa.

Beliau juga berkata penggunaan vapor juga suatu pembaziran, meniru budaya bukan Islam dan dilihat tidak bermaruah.

“Kami nyatakan di sini fatwa yang dikeluarkan menyatakan hukumnya sama seperti hukum rokok biasa.

“Justeru, hukumnya adalah haram,” katanya.

malaysiakini.com

3. Hisap dan meniaga shisha

Muzakarah khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam memutuskan shisha adalah haram bagi umat Islam.

Selain menghisap shisha, muzakarah turut melarang umat Islam daripada menyediakan perkhidmatan menghisap shisha atau apa-apa aktiviti berkaitan shisha.

"Setelah mendengar pembentangan dan penjelasan pakar daripada Kementerian Kesihatan dan meneliti maklumat serta bukti perubatan dan saintifik terperinci yang dikemukakan dari dalam dan luar negara mengenai kesan dan kemudaratan besar yang dihadapi akibat shisha...maka muzakarah bersetuju memutuskan shisha adalah haram," katanya.

Abdul Shukor menjelaskan penggunaan shisha akan memberi kesan dan kemudaratan besar dari segi kesihatan ummah, pembangunan ekonomi negara serta pembentukan generasi akan datang.

sinarharian.com.my

4. Berselfie di kubur

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyelar tindakan segelintir umat Islam yang bergambar atau lebih popular dengan gelaran ‘selfie’ di tanah perkuburan.

Katanya, perbuatan sedemikian tidak sewajarnya dilakukan dan boleh dikategorikan haram jika ia dilakukan dengan niat untuk berseronok.

“Tindakan sebegini sangat tidak wajar dilakukan, apatah lagi di tanah perkuburan. Sewajaranya ketika menziarahi kubur, ianya dijadikan iktibar dan bukannya untuk berseronok-seronok," kata Harussani.

sinarharian.com.my

5. Hantaran tinggi

Sesebuah perkahwinan itu akan menjadi haram sekiranya nilai wang hantaran yang ditetapkan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk hingga menimbulkan perasaan riak.

Mufti Perak, Tan Sri Harrussani Zakaria berkata, tidak salah untuk meletakkan nilai hantaran yang tinggi jika pasangan itu mampu, namun jika tujuan sebenarnya adalah untuk menunjuk-nunjuk, perbuatan itu adalah haram.

Menurut beliau, perasaan riak adalah salah satu daripada dosa besar dan ia merupakan satu perbuatan yang dianggap syirik kecil dalam Islam.

kosmo.com.my

6. Pondan, Mak Nyah, Pengkid, LGBT, dan seangkatan dengannya

Image via www.budiey.com

Lelaki yang menyerupai perempuan ataupun sebaliknya merupakan perbuatan dilaknat Allah yang jelas menunjukkan perkara itu haram dalam Islam, kata Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abd Rahman Osman.

“Kalau lelaki menyerupai perempuan, kita halalkan, ertinya kita telah menghalalkan sesuatu yang telah diharamkan oleh Allah.

“Hukumnya orang yang bercakap begitu kalau dia sedar dia boleh syirik kepada Allah, dia boleh terkeluar daripada Islam kerana dia telah mengubah hukum Allah ertinya tidak memperakui peraturan Allah,” katanya.

Melainkan, katanya, golongan ‘khunsa muskhil’ yang dilahirkan dalam keadan dua sifat lelaki dan wanita yang boleh dinasihatkan berjumpa doktor bagi membuat pengesahan identiti mereka.

suara.tv

7. Menari poco-poco

Image via www.youtube.com

Tarian poco-poco yang popular sebagai aktiviti riadah dalam kalangan suri rumah dan penjawat awam ketika menghadiri kursus dan majlis keraian telah diputuskan sebagai haram oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, tarian tersebut diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh.

“Kajian mendapati tarian yang sering diamalkan di Jamaica itu bercirikan agama Kristian. Oleh itu haram bagi orang Islam mengamalkannya,” katanya.

kosmo.com.my

8. Main gitar, piano atau trumpet

Image via www.tumblr.com

Menurut seorang pendakwah Ustaz Abdul Raof Nurin, Umat Islam dilarang bermain alat muzik seperti gitar,piano atau trumpet kerana ia bertentangan dengan hadis, sebaliknya, mengalakkan penggunaan kompang dan gong.

Beliau berkata mazhab Shafie hanya membenarkan umat Islam mendengar muzik yang menyentuh mengenai cintakan agama dan menggesa mereka yang mahu bermain alat muzik sebaik-baiknya menggunakan gong atau kompang.

Tambahnya, bagaimanapun mazhab Shafie membuat pengecualian untuk ‘Gambus’, instrumen bertali sama seperti gitar, hanya jika mereka bermain mengikut peraturan Islam.

therakyatpost.com

9. Pakai jersi bola

Pemakaian jersi bola sepak atau sebarang pakaian yang memiliki lambang salib, jenama arak dan imej syaitan adalah haram hukumnya dan boleh menjurus kepada perbuatan syirik.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadot berkata, perkara tersebut ditegah oleh Islam dan perbuatan mengabaikan hukum yang sudah jelas boleh membawa umat Islam ke arah syirik.

Beliau berkata, memakai baju seperti itu walau apapun alasannya menunjukkan umat Islam seolah-olah mengagung-agungkan dan memuliakan lambang agama lain.

kosmo.com.my

10. Pakai lilitan di lengan

Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis meminta supaya anggota beruniform seperti polis dan ahli sukan beragama Islam tidak memakai lilitan hitam ataupun warna lain di lengan baju kerana perbuatan itu adalah haram.

Mufti Perlis Datuk Dr Juanda Jaya berkata, perbuatan berkenaan sering dilakukan ketika kematian sedangkan ia merupakan adat kebudayaan bagi orang kafir.

“Pihak kami telah menyemak perkara ini dan mendapati Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1987 telah membuat keputusan bahawa perbuatan itu haram, oleh itu Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis bersetuju sebulat suara menerima keputusan itu.

“Setiap bentuk pakaian bagi tujuan sosial atau sebagainya yang dipakai oleh orang Islam hendaklah tidak melibatkan unsur-unsur yang khusus dengan adat atau keagamaan bagi agama lain,” katanya merujuk kepada keputusan berkenaan.

sinarharian.com.my

Bukan ini sahaja, malah ada beberapa lagi perkara yang dihalang dan tidak digalakkan untuk umat Islam. BACA SINI:

You may be interested in: