seismik

Mulakan Tahun Baharu Anda Dengan Peluang Menangi Pengubahsuaian Rumah Sehingga RM150,000

Ubah suai rumah LBS bersama Goodnite.

Cover image via LBS Bina Group (YouTube)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Artikel ini ditaja oleh LBS Bina Group.

Membeli rumah adalah satu pencapaian yang menakjubkan, terutamanya jika ia adalah rumah pertama anda!

Begitupun, kita perlu membayar wang pendahuluan, yuran guaman dan yuran tambahan lain untuk membeli rumah dan akhirnya yang tinggal hanya sedikit wang untuk pengubahsuaian.

Kita semua tahu bahawa untuk menjadikan rumah berasa selesa, perabot yang anda pilih dan interior dalaman seperti hiasan serta langsir semuanya memainkan peranan dalam menjadikan seluruh tempat berasa selesa untuk tinggal bersama dengan orang tersayang.

Berita baik untuk pemilik rumah! Anda bakal berpeluang untuk memenangi ubah suai rumah daripada LBS Bina Group dengan kerjasama Goodnite bernilai RM150,000

Jika anda pernah membeli rumah dengan LBS Bina Group sebelum ini, maka anda secara automatik layak untuk menyertai kempen 'LBS Home Makeover With Goodnite' mereka.

LBS Bina Group memahami bahawa banyak lagi yang perlu dilakukan sebaik sahaja anda telah mendapatkan kunci rumah impian. Sebagai contoh, membeli kelengkapan rumah dan pengubahsuaian pastinya boleh menelan belanja yang besar.

Jadi, untuk meringankan beban pembeli rumah, LBS Bina telah mengadakan peraduan iaitu pemenang terpilih akan mempunyai pilihan untuk menghias semula mana-mana ruang di rumah mereka, sama ada ruang tamu atau bilik tidur, dengan perabot daripada Goodnite bernilai sehingga RM25,000.

Goodnite International Sdn. Bhd. atau lebih dikenali sebagai Goodnite Group, merupakan syarikat ternama yang terlibat di dalam pembuatan, perusahaan dan pengedaran produk barangan kelengkapan bilik tidur dan perabot dengan 23 cawangan di seluruh Malaysia yang menawarkan pelbagai barangan perabot kediaman seperti sofa, set meja makan dan aksesori berkaitan.

Inilah perkara yang anda perlu lakukan untuk berpeluang memenangi peraduan 'LBS Bina Home Makeover with Goodnite':

LANGKAH 1: Pastikan anda layak! Hanya pembeli rumah atau hartanah LBS Bina sahaja layak untuk mengambil bahagian dan satu hartanah akan melayakkan anda untuk hanya satu penyertaan.

LANGKAH 2: Tangkap dan muat naik foto kawasan yang anda ingin ubah suai di homemakeover.lbs.com.my. Ia mungkin sama ada ruang tamu, ruang makan atau bilik tidur anda. Ingat pilih dengan bijak, ok?

LANGKAH 3: Lengkapkan slogan berikut: "I want to win #LBSGoodnite Home Makeover because..." atau "Saya nak menang #LBSGoodnite Home Makeover kerana..." (tidak melebihi 300 patah perkataan)

LANGKAH 4: Akhir sekali, jangan lupa bahawa penyertaan anda TIDAK lengkap jika anda tidak Like halaman Facebook LBS Bina dan ikuti mereka di halaman Instagram LBS Bina.

Peraduan ini akan berlangsung dari 3 Januari hingga 30 April, jadi pastikan anda menggunakan masa yang ada untuk memikirkan ruang manakah di rumah anda memerlukan pengubahsuaian.

Ingin melihat apa yang anda boleh menang? Sila lihat di bawah:

Grand Lucky Winner: Pengubahsuaian rumah bernilai RM25,000 (x3)

First Runner Up: Baucar tunai bernilai RM10,000 daripada Goodnite (x2)

Second Runner Up: Baucar tunai bernilai RM7,000 daripada Goodnite (x2)

Third Runner Up: Baucar tunai bernilai RM5,000 daripada Goodnite (x2)

Fourth Runner Up: Baucar tunai bernilai RM3,000 daripada Goodnite (x2)

Fifth Runner Up: Baucar tunai bernilai RM1,000 daripada Goodnite (x10)

Hadiah Saguhati: Baucar tunai bernilai RM500 daripada Goodnite (x30) dan E-Baucar bernilai RM100 daripada Watsons (x20)

Jadi, tunggu apa lagi! Sertai peraduan sekarang untuk anda berpeluang memenangi ubah suai rumah dengan LBS Bina Group hari ini!

Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan ini, anda boleh sahaja klik di sini atau layari homemakeover.lbs.com.my. Semoga berjaya!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik