seismik

"Mungkin Boleh Tiru Cara Jepun" - Lelaki Ini Bagi Idea Untuk SOP Solat Jumaat Di Malaysia

Di negara matahari terbit itu, solat Jumaat diadakan sebanyak 2 kali sehari.

Cover image via Ahmad Sabri (Facebook)

Umum sedia maklum, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dilaksanakan sejak 13 Januari lalu, pelbagai prosedur operasi standard (SOP) telah dikuatkuasakan di negara ini

Ini termasuklah SOP solat Jumaat dan solat fardu di beberapa negeri yang kini dalam tempoh PKP 2.0, dilaksanakan hanya terhad kepada ahli jawatankuasa masjid dan surau serta dibenarkan dengan maksimum 30 jemaah.

Begitupun, mulai hari ini (5 Februari 2021) jumlah jemaah yang dibenarkan untuk menunaikan solat Jumaat di masjid dan surau Jumaat di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan diperluas kepada separuh daripada kapasiti sebenar masjid dan surau dengan penjarakan fizikal 1.5 meter.

Berbeza pula dengan situasi di negara Jepun dalam mengendalikan SOP solat Jumaat di negara itu dengan menawarkan jalan penyelesaian yang agak menarik untuk para jemaah.

Perkongsian itu dimuat naik oleh rakyat Malaysia sendiri, yang tinggal dan bekerja di negara matahari terbit berkenaan di media sosial Facebook miliknya.

Lihat perkongsian penuhnya di bawah:

Di Jepun, solat Jumaat diadakan sebanyak 2 kali sehari untuk kemudahan para jemaah

Menurut lelaki itu yang dikenali sebagai Abam Sabu, solat Jumaat di masjid Jepun menawarkan jalan penyelesaian yang agak menarik. Yakni, solat Jumaat diadakan sebanyak dua kali sehari.

Bagi mereka yang solat Jumaat pada waktu rehat tengah hari, boleh datang pada waktu biasa iaitu pukul 12.40 tengah hari mula khutbah.

Bagi yang berniaga, cuti atau mempunyai masa yang lebih fleksibel, digalakkan untuk datang pada solat waktu kedua iaitu pukul 1.30 petang.

Dengan cara ini, lebih ramai jemaah boleh menunaikan solat Jumaat dan tanpa melanggar SOP mencegah Covid-19 ini.

Mungkin boleh aplikasikan kaedah ini di Malaysia juga selepas keadaan kes Covid-19 makin reda

Tambahnya lagi, dengan hanya menggunakan pita pelekat, jarak antara jemaah dapat dijaga. Jimat, mudah dan berkesan.

"Mungkin kita boleh aplikasikan kaedah ini di Malaysia juga selepas keadaan makin reda. Takut betul tengok kes harian pada hari ini.

"Masjid Hamamatsu ni sangat kecil untuk dibandingkan dengan masjid di Malaysia, namun masih berusaha untuk menunaikan ibadahNya," katanya.

Berikut di bawah adalah cadangan boleh buat solat Jumaat di masjid-masjid Malaysia pada setiap 45 minit yang dikongsikannya:

  • Jemaah pertama : Pukul 2 petang
  • Jemaah kedua : Pukul 2.45 petang
  • Jemaah ketiga : Pukul 3.30 petang
  • Jemaah keempat : Pukul 4.15 petang

Katanya, dengan cara ini lebih banyak peluang untuk orang ramai dapat menjalankan ibadah solat Jumaat.

Mazhab di Jepun dan Malaysia agak berbeza, tetapi mungkin boleh dipertimbangkan ketika 'darurat' ini

Jelasnya lagi, kemungkinan timbul beberapa isu seperti mazhab di Malaysia lain, khutbah perlu dapatkan kelulusan, agak susah untuk dibuat dan sebagainya.

Menjawab persoalan tersebut, lelaki itu memberitahu, "Betul.. lain sikit mazhab, tapi rasanya boleh pertimbangkan untuk masa 'darurat' ini.

"Khutbah pula pakai je khutbah sama, Jemaah yang dengar tu jemaah lain-lain. Abam sabu dulu 3 tahun khutbah sama je. Khutbah cukup syarat. Haha," katanya.

Di akhir perkongsiannya, dia mendoakan semoga negara Malaysia dan rakyatnya dilindungi serta dapat melawan wabak itu.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: