Murid 11 Tahun Dari Penang Rangkul Emas Dalam Pertandingan ‘Public Speaking’ Di UK
Tahniah!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru berusia 11 tahun, Nur Aamily sudah meninggalkan jejaknya di pentas antarabangsa apabila memenangi pingat emas dalam pertandingan Public Speaking di Universiti Surrey, United Kingdom
Menerusi perkongsian Menteri Pendidikan dan ahli parlimen Nibong Tebal, Datuk Seri Fadhlina Sidek di laman sosial, murid dari SK Permatang Tok Mahat itu juga menduduki tempat ketiga keseluruhan dalam kategori Bahasa Inggeris pada pertandingan itu bulan lalu.
Aamily turut pernah memenangi pingat perak dalam pertandingan Public Speaking di Dubai Februari lalu.
Beliau berkata pencapaian Aamily menonjolkan kepentingan membina keyakinan dan menggalakkan kanak-kanak untuk membuka peluang baharu.
"Saya suka melihat anak-anak begini. Bukan semata-mata kerana pingat yang dibawa pulang, tetapi kerana pada usia 11 tahun, dunianya sudah begitu luas untuk diteroka," katanya.

Jadi kebanggaan keluarga dan sekolah
Fadhlina telah bertemu Aamily dan keluarganya di samping menghadiahkan murid itu iPad bagi menyokong pembelajaran dan menggalakkannya meneroka bidang ilmu baharu.
"Sebagai Menteri Pendidikan, inilah keyakinan yang kita mahu tumbuhkan dalam diri anak-anak kita. Berani mencuba, berani bercakap dan berani masuk ke ruang yang baharu," tambahnya.
Fadhlina berkata, dia amat berbangga dengan pencapaian Aamily kerana dia merupakan seorang murid dari kawasannya.
"Sebagai Ahli Parlimen Nibong Tebal pula, saya tumpang bangga lebih sikitlah. Ini anak kita. Terus terbang tinggi, Aamily.," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via