Murid LIS Raih Tempat Kedua Dalam Pertandingan Bahasa Inggeris Global Di Turkiye

Keeona turut menerima Anugerah Joey of the Year selepas dinobatkan sebagai peserta paling aktif sepanjang pertandingan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Sinar Bestari

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang murid Sekolah Antarabangsa Labuan (LIS), Keeona Mark Phillips, 9, mengharumkan nama Malaysia selepas meraih tempat kedua dalam pertandingan JOEY – The Young Kangaroo International English Competition Global Finals di Istanbul, Turkiye

SAYS.com
Image via Sinar Bestari

Menurut laporan Sinar Bestari, apa yang lebih membanggakan adalah, Keeona turut menerima Anugerah Joey of the Year selepas dinobatkan sebagai peserta paling aktif sepanjang pertandingan yang berlangsung dari 1 hingga 6 September lalu.

Pengetua LIS, Fadlin Aimuni berkata, pencapaian tersebut membuktikan murid Malaysia mampu bersaing di pentas antarabangsa menerusi keyakinan, dedikasi dan keazaman.

"Pencapaian ini satu kebanggaan besar buat LIS dan juga Malaysia. Keeona membuktikan bahawa dengan keyakinan, dedikasi dan keazaman, murid kita mampu bersaing dan mencapai kejayaan di pentas global," katanya.

Keeona bertanding dalam kategori Pre A1, Gred 3 dalam pertandingan yang menghimpunkan kira-kira 300 peserta dari 34 negara.

Hanya 14 peserta dari Malaysia berjaya mewakili negara ke peringkat akhir global tersebut

SAYS.com
Image via Sinar Bestari
SAYS.com
Image via Sinar BestariImage via

Penyertaan itu juga merupakan pengalaman sulung Keeona dalam pertandingan JOEY, sekali gus menjadikan kejayaannya meraih dua pengiktirafan tersebut lebih bermakna.

JOEY merupakan pertandingan Bahasa Inggeris antarabangsa yang memberi peluang kepada pelajar mengasah penguasaan bahasa, keyakinan diri dan kemahiran komunikasi.

Fadlin turut menghargai sokongan ibu bapa Keeona, Mark Phillips dan Cecilia, yang banyak membantu membina keyakinan anak mereka untuk menyahut cabaran di peringkat antarabangsa.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: