Murid SK Setia Alam Bersorak Bomba Datang Padam Kelas Terbakar

Nasib baik semua selamat, terima kasih abang bomba!

Enlarge text
Cover ImageCover image via Threads & Berita Harian

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Setia Alam, Shah Alam, Selangor mencuri perhatian selepas dilihat bersorak dan bertepuk tangan ketika pasukan bomba tiba bagi memadam kebakaran sebuah bilik darjah, petang semalam

Menurut laporan Kosmo!, momen tersebut dikongsikan seorang pengguna Threads menerusi video yang dimuat naik di platform berkenaan.

Menerusi video itu, beberapa anggota bomba dilihat turun dari jentera sebelum membuat persiapan untuk menjalankan kerja-kerja pemadaman di kawasan bilik darjah yang terbakar.

SAYS.com
Image via Berita Harian

Terdahulu, media melaporkan suasana pembelajaran di sekolah berkenaan bertukar cemas selepas sebuah bilik darjah terbakar petang tadi

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 4.20 petang.

Menurutnya, empat anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jelutong tiba di lokasi pada pukul 4.37 petang, kira-kira 17 minit selepas menerima panggilan.

"Kebakaran melibatkan sebuah bilik darjah berkeluasan kira-kira 55.74 meter persegi yang terbakar 100 peratus," katanya.

Walau bagaimanapun, beliau berkata, api telah padam sebelum pihak bomba tiba di lokasi dan tiada mangsa terlibat.

"Kerja-kerja overhaul sedang dijalankan menggunakan dua aliran hos dengan satu pancutan air daripada jentera bomba," katanya.

Lihat perkongsian video di bawah:

View on Threads
View on Threads

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: