[MUTAKHIR] Najib Dijangka Respon Kepada Dr Mahathir MALAM INI Di TV3
Kritikan demi kritikan dilontarkan kepada Najib oleh Dr Mahathir dalam masa yang singkat. Kini tiba masanya untuk Najib bersuara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka akan memberi tindak balas kepada tuduhan membunuh yang dilemparkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir dalam satu wawancara di TV3
Mahathir pada bulan ini sahaja telah mencatatkan tiga entri blog "pedas" yang mempersoalkan kredibiliti Najib sebagai Perdana Menteri.
Dr M bertanya siapakah individu yang mengarahkan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu dan mempersoalkan dakwaan salah urus Najib atas idea 1Malaysia Development Bhd (1MDB)
Perdana Menteri dituduh terbabit dalam kes pembunuhan Altantuya pada 2006 selepas komando polis yang berkhidmat sebagai pengawal peribadi beliau ketika itu telah disabitkan kesalahan atas pembunuhan itu, manakala sekutu Najib, Abdul Razak Baginda telah dibebaskan.
Ahli Parlimen BN, bagaimanapun, mendakwa Najib dikaitkan dengan pembunuhan itu kerana dia mengangkat sumpah laknat bahawa dia tidak pernah mengenali Altantuya.
Selama ini Najib memilih untuk berdiam diri dan tidak menjawab segala spekulasi yang dilontarkan kepada beliau, termasuk soal hutang 1MDB yang mencecah RM42 bilion
PM sebelum ini mengarahkan audit dijalankan keatas sebuah firma Kementerian Kewangan selepas Sarawak Report mendedahkan 1MDB memasukkan dana kepada hartawan Jho Low, yang dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan Najib dalam usaha sama 1MDB-PetroSaudi.
Walau bagaimanapun, PetroSaudi berkata kesemua dana itu adalah milik entiti PetroSaudi manakala 1MDB berkata mereka telah mendapatkan semula jumlah pelaburan sebanyak AS $1 bilion (RM3.63 bilion) itu dan kini tidak wujud lagi usaha sama tersebut.