Muzium Diraja Bakal Dibuka Semula Kepada Orang Awam Pada Februari 2027

Boleh bawa anak-anak!

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Muzium Diraja yang ditutup sementara sejak Januari lepas dijangka dibuka semula kepada orang ramai pada 1 Februari tahun depan

Perkara itu diumumkan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang menerusi sebuah hantarannya di Facebook.

Katanya, kerja pemeliharaan dan pemuliharaan muzium itu telah selesai, manakala kerja naik taraf hiasan dalaman dan peragaan sedang dilaksanakan, serta dijadualkan siap pada 28 Januari depan.

"Kementerian komited memastikan khazanah bersejarah ini terus dipelihara sebagai warisan negara dan wadah pendidikan kepada generasi akan datang," katanya.

SAYS.com

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang (tengah).

Image via Aaron Ago DagangImage via

Tarikan yang dilengkapi dengan ruang-ruang khas istiadat Diraja

Muzium Diraja tersebut merangkumi Galeri Diraja, bekas ruang rasmi dan peribadi Yang di-Pertuan Agong serta Raja Permaisuri Agong.

Ruang seperti Balairung Seri juga menjadi lokasi pelbagai istiadat penting negara termasuk pertabalan, pengurniaan darjah kebesaran dan majlis rasmi diraja.

Muzium berkenaan ditutup sejak 1 Januari bagi memberi laluan kepada kerja-kerja konservasi, pemeliharaan dan penyelenggaraan bangunan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: