Myanmar Sedia Terima Ribuan Rakyatnya Dari Malaysia & Tanggung Kos Penghantaran Pulang
Sehingga kini seramai 10,493 warga Myanmar telah dibawa pulang melalui penerbangan dan kapal tentera laut.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Myanmar bersedia menerima penghantaran pulang rakyatnya dari Malaysia dalam jumlah besar, termasuk antara 3,000 hingga 4,000 individu yang kini ditempatkan di depoh Imigresen
Menurut laporan Berita Harian, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan Myanmar turut bersedia menanggung sendiri kos penghantaran pulang rakyatnya yang disahkan berasal dari negara berkenaan.
Menurutnya, sehingga kini seramai 10,493 warga Myanmar telah dibawa pulang melalui penerbangan dan kapal tentera laut.
Myanmar juga menyatakan kesediaan untuk menerima rakyatnya yang masih berada di Malaysia, tertakluk kepada rekod, peraturan serta prosedur yang ditetapkan.

"Hingga kini, 10,493 warga dan rakyat Myanmar sudah dibawa pulang melalui penerbangan dan kapal tentera laut dan terima kasih kepada tentera laut kita atas kerjasama itu.
"Anda menyatakan bahawa mereka yang berada di depoh, antara 3,000 hingga 4,000 orang akan dihantar pulang dan sesiapa yang dapat disahkan berasal dari Myanmar," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Min Aung Hlaing sempena lawatan rasmi dua hari Presiden Myanmar itu ke Malaysia, hari ini.
Mengulas lanjut, Anwar berkata berdasarkan pengalamannya, sangat sedikit, malah hampir tiada negara yang sanggup menerima penghantaran pulang rakyat mereka dalam jumlah besar selain menanggung sendiri kos berkenaan
"Anda juga menyatakan bahawa mereka yang masih berada di sini, tertakluk kepada rekod yang ada, akan dirundingkan selanjutnya oleh Kementerian Dalam Negeri bersama rakan sejawatnya.
"Anda bersedia menerima mereka mengikut peraturan dan prosedur yang ditetapkan. Justeru, sebagai sebuah kerajaan, sudah tentu kami perlu merakamkan penghargaan," katanya.
Walau bagaimanapun, Anwar berkata proses pengesahan identiti dan semakan perlu dilakukan terlebih dahulu bagi memastikan individu terbabit benar-benar berasal dari Myanmar serta tidak mempunyai rekod jenayah semasa atau rekod lain.
Katanya, semua proses berkenaan akan dilaksanakan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via