myPTPTN: Memudahkan Lagi Pengguna, Alami Pengalaman Baharu Dunia Pendigitalan PTPTN Ini
Lakukan transaksi, pelbagai perkhidmatan lain dengan lebih mudah dan on-the-go dengan myPTPTN!
Tahukah anda, untuk mengakses perkhidmatan PTPTN kini lebih mudah dengan aplikasi myPTPTN
Aplikasi ini juga merupakan satu inisiatif utama PTPTN dalam memastikan organisasi ini berada di tahap setanding dengan institusi kewangan lain di pasaran dalam penyediaan kemudahan digital terkini. Mudah, cepat dan selamat!
Untuk pengetahuan anda, aplikasi ini dilengkapi dengan eKYC (Electronic Know Your Customer) iaitu proses mengesahkan dan mengekalkan rekod identiti pelanggan yang diktiraf oleh Bank Negara Malaysia sebagai salah satu kunci keselamatan transaksi digital.
Jadi anda tak perlu risau dan ragu-ragu untuk menggunakannya di telefon pintar atau tablet mudah alih anda kerana segala maklumat peribadi pengguna akan dilindungi oleh pihak PTPTN dan dilengkapi dengan pendaftaran maya eKYC.
Pelbagai urusan boleh dilakukan hanya di hujung jari dengan adanya aplikasi myPTPTN
Dengan adanya aplikasi ini, pengguna dapat melakukan sebarang urusan yang berkaitan pada bila-bila masa dengan cara yang sangat mudah.
Aplikasi myPTPTN ini menawarkan perkhidmatan seperti urusan pembayaran balik pinjaman dan penambahan deposit Simpan SSPN, pembukaan akaun Simpan SSPN, semakan penyata, pindahan lebihan bayaran balik, pindahan simpanan Simpan SSPN.
Selain itu, terdapat juga perkhidmatan permohonan bayaran balik atau deposit Simpan SSPN melalui debit terus, potong gaji dan auto debit, permohonan pengesahan baki pinjaman, cetakan surat penyelesaian hutang (SPH), mengemas kini profil pengguna, push notification, dan akaun kegemaran.
Antara kelebihan aplikasi ini kepada pengguna ialah :
- Hanya di satu platform
Transaksi bayaran balik pinjaman dan simpanan di Simpan SSPN dan pelbagai perkhidmatan lain melalui satu platform sahaja.
- Menjimatkan masa dan kos
Kini orang ramai tidak perlu beratur di kaunter kini dan segalanya berada dihujung jari sahaja.
- Mesra pengguna
Paparan yang mesra pengguna sesuai untuk semua lapisan umur.
- Transaksi tanpa sempadan
Aplikasi ini menyokong pelbagai jenis transaksi.
- Cepat, mudah dan selamat
Segala maklumat peribadi pengguna akan dilindungi oleh pihak PTPTN dan dilengkapi dengan pendaftaran maya eKYC.
Pemberian insentif diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN akan tamat pada 31 Mac 2024
Pemberian insentif diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN ini bermula 14 Oktober 2023 hingga 31 Mac 2024 meliputi tiga (3) kategori seperti berikut:
i) Diskaun 10 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman;
ii) Diskaun 10 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran; dan
iii) Diskaun 15 peratus untuk bayaran secara potongan gaji atau debit terus berjadual.
Semua peminjam termasuk yang telah dikenakan tindakan penguatkuasaan adalah layak menikmati insentif ini.
Peminjam yang hendak membuat penyelesaian penuh pinjaman atau bayaran balik sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keseluruhan baki hutang pinjaman dalam sekali bayaran perlu memohon pengesahan baki pinjaman sama ada melalui portal rasmi PTPTN di www.ptptn.gov.my, aplikasi myPTPTN atau menghubungi Eksekutif Pemasaran PTPTN sebelum membuat bayaran balik melalui saluran bayaran yang telah disediakan.
Peminjam yang sedang membuat bayaran melalui saluran potongan gaji atau debit terus (direct debit) adalah layak menikmati diskaun 15 peratus ini secara automatik tertakluk bayaran diterima oleh PTPTN dalam tempoh diskaun.
Manakala peminjam yang ingin membuat potongan gaji atau debit terus (direct debit) hendaklah membuat permohonan melalui portal rasmi PTPTN atau aplikasi myPTPTN. Peminjam boleh memilih salah satu atau kedua-dua saluran tersebut untuk menikmati insentif ini.
Selanjutnya, peminjam boleh menyemak diskaun yang diberikan dalam penyata pinjaman masing-masing mulai tujuh (7) hari bulan pada bulan berikutnya melalui portal rasmi PTPTN atau aplikasi myPTPTN.
Tak sempat nak pergi kaunter PTPTN? Jangan risau, sekarang anda tak perlu nak lagi nak hidupkan enjin kereta atau motor anda dah!
Sekarang ini semua benda di hujung jari je tau. Tak tahu macam mana nak guna aplikasi myPTPTN? Ini Aina nak ajar!
Ayuh buat bayaran balik pinjaman PTPTN anda sekarang dan nikmati insentif diskaun selewat-lewatnya pada 31 Mac 2024.
Muat turun aplikasi myPTPTN sekarang di App Store, Google Playstore dan Huawei AppGallery nak lagi senang anda klik sahaja link muat turun ini https://taplink.cc/myptptn !
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!