seismik

Nak Berniaga Dari Rumah? Ini 5 Tips Untuk Anda Mulakan Bisnes Secara Online

Semoga bermanfaat untuk anda.

Cover image via Vecteezy

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Artikel ini ditaja oleh Unifi.

Umum sedia maklum, online shopping atau pembelian atas talian semakin mendapat tempat di seluruh dunia, Malaysia juga tidak terkecuali

Hal ini kerana pembelian atas talian adalah lebih mudah dan menjimatkan masa kerana segala transaksi dilakukan secara maya.

Kemudahan ini juga amat sesuai bagi golongan tertentu yang mempunyai kekangan masa untuk keluar membeli-belah selain inginkan sesuatu yang mudah dan cepat.

Jadi, rugi sekiranya anda tidak menggunakan kemudahan platform internet untuk berniaga dan menjadikannya sebagai sumber mendapatkan pendapatan tambahan.

Ramai rakyat Malaysia juga telah sedar bahawa kemudahan untuk berniaga di ruang laman sosial seperti Facebook, Instagram dan TikTok amat mudah.

Ini antara tips bagaimana untuk anda memulakan perniagaan atas talian:

1. Mulakan perniagaan atas talian dengan ‘dropship’

Gambar sekadar hiasan.

Image via Vecteezy

Sebagai permulaan, anda tidak perlu bersusah payah untuk mencipta produk anda sendiri.

Cukup dengan menjual produk yang sudah mempunyai pengikutnya sendiri seperti sistem ‘dropship’ dimana anda menjual produk sedia ada, tetapi di platform anda sendiri dan keuntungan anda adalah daripada komisen.

Kebanyakan sistem ‘dropship’ ini tidak memerlukan modal untuk memulakan perniagaan, kerana anda hanya perlu mencari pelanggan yang berminat untuk membeli produk yang anda jual.

Pelanggan lebih cenderung untuk membeli produk yang sudah mempunyai jenama yang kukuh dan dipercayai. Jadi, tidak salah untuk anda menjual barangan perniagaan lain jika perniagaan itu menyediakan servis ‘dropship’.

2. Tetapkan masa untuk perniagaan anda

Gambar sekadar hiasan.

Image via Vecteezy

Ramai orang menganggap bahawa perniagaan atas talian hanyalah kerja sampingan yang boleh diambil ringan. Sebenarnya tidak, kerana jika anda mahu perniagaan atas talian anda berjaya, anda perlulah membuang sikap sambil lewa dan ambil mudah itu.

Anda haruslah cari masa yang sesuai untuk membuat perniagaan atas talian dan fokus kepada perniagaan tersebut. Elakkan gangguan yang boleh menjejaskan waktu produktif perniagaan atas talian.

Hal ini bagi memastikan masa yang diperuntukkan untuk membuat promosi perniagaan atas talian anda dengan lancar. Anda juga boleh meluangkan masa untuk menguruskan kewangan perniagaan anda supaya menjadi lebih terurus.

3. Promosi jualan yang konsisten

Gambar sekadar hiasan.

Image via Vecteezy

Jangan terlalu gelojoh dalam perniagaan kerana tiada sebarang teori yang mengatakan jika mengeluarkan modal yang besar menjanjikan keuntungan yang besar. Keuntungan yang besar akan datang sekiranya jualan dan promosi anda konsisten.

Tidak salah jika anda mahu melaburkan modal yang besar, tetapi anda harus ada ilmu untuk melakukan dan menguruskan jualan anda.

Mulakan sedikit demi sedikit dan tingkatkan modal anda bila perniagaan anda semakin maju. Namun, anda perlu memastikan hasil kerja anda secara atas talian itu menguntungkan dari segi masa dan pendapatan.

4. Kukuhkan platform perniagaan anda dan belajar teknik pemasaran

Gambar sekadar hiasan.

Image via Vecteezy

Perkara penting yang perlu anda lakukan pada permulaan perniagaan anda adalah memperkasakan platform anda di Facebook, Instagram atau TikTok. Jika platform anda sudah kukuh, sudah pasti proses jual beli anda dengan pelanggan lebih lancar.

Walaupun berniaga di atas talian nampak mudah, namun ianya boleh menjadi sukar apabila banyak saingan kerana sudah ramai yang mula berniaga di atas talian dan perniagaan anda mungkin sukar untuk diketahui pelanggan.

Dalam pada itu, untuk menjadi lebih dikenali dalam pasaran, teknik pemasaran anda haruslah kukuh dengan design produk atau poster promosi perniagaan anda yang catchy serta sedap mata memandang supaya pelanggan tertarik untuk membeli produk yang anda jual. Pastikan cara pemasaran anda lain dari yang lain supaya dikenali ramai.

5. Kukuhkan jaringan internet di rumah anda

Kehidupan pada masa kini amat bergantung kepada penggunaan internet di mana sahaja kita berada tidak kira di rumah, di tempat kerja atau di tempat awam.

Begitu juga dengan bisnes secara online di rumah, perkara yang perlu dititikberatkan sudah semestinya adalah jaringan internet di rumah yang stabil.

Di sinilah penyedia perkhidmatan jalur lebar yang dipercayai seperti Unifi perlu ada. Melalui kempen #UnifiPromise, TM menunjukkan komitmennya untuk menyediakan pengalaman internet yang terbaik serta sokongan pelanggan yang berterusan.

TM menerusi Unifi mahu semua pelanggan baharu mencuba perkhidmatan Unifi secara percuma sehingga 30 hari tanpa komitmen. Ini bermakna mereka boleh menamatkan perkhidmatan Unifi sekiranya mereka mahu.

Bagi yang menjalankan perniagaan, mereka akan mendapat manfaat daripada perunding perniagaan Unifi, dimana pihak mereka menyediakan panduan tentang ketersambungan dan penyelesaian perniagaan yang khusus bagi memenuhi keperluan peniaga.

Mengurus akaun, membayar bil, menyelesaikan masalah sambungan Internet dan banyak lagi dipermudahkan melalui aplikasi MyunifiApp, yang boleh dimuat turun dari App Store, Google Play dan Huawei AppGallery.

Sokongan tambahan yang terdapat di dalam aplikasi MyunifiApp termasuklah:

EasyFix: Fungsi yang membolehkan pelanggan menyemak gangguan rangkaian di kawasan masing-masing, menjalankan diagnosis kendiri untuk menyelesaikan masalah sambungan Internet, telefoni atau IPTV, serta penghasilan tiket masalah atau trouble-ticket secara automatik jika masalah tidak dapat diselesaikan atau terus berhubung dengan anggota TM menerusi Live Chat.

Image via unifi

- Makluman perkhidmatan secara proaktif: Pihak TM boleh mengesan sekiranya sambungan Unifi atau terdapat masalah dalam perkhidmatan dan memaklumkan pelanggan melalui saluran WhatsApp rasmi Unifi Care.

- Pemantauan perkhidmatan secara real-time atau Real-time service tracker: Permohonan perkhidmatan dan serta bantuan teknikal, termasuk status permohonan melalui aplikasi MyunifiApp.

Image via unifi

- Jaminan pemulihan perkhidmatan dalam tempoh 24 jam: TM menjanjikan pemulihan perkhidmatan dalam masa 24 jam dari masa temujanji yang dipersetujui kedua pihak. Rebat pengebilan RM50 akan diberi kepada pelanggan sekiranya masa pemulihan melebihi 24 jam.

Image via unifi

- Unifi Elite: Unifi Elite menawarkan khidmat perundingan WiFi daripada pakar yang terlatih untuk memenuhi keperluan Internet pengguna.

Pelanggan yang mendaftar sebagai ahli Unifi Rewards di aplikasi MyunifiApp sekarang akan memperoleh 200 mata ganjaran alu-aluan untuk rebat bil serta keistimewaan hebat lain daripada rakan kongsi Unifi.

Ketahui lebih lanjut tentang #UnifiPromise di sini.

Image via unifi

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik