seismik

Nak Duit Raya? Rebut Tawaran PTPTN Hampir RM200,000 Untuk 500 Pemenang Ini

Tunggu apa lagi? Jom sertai sekarang!

Cover image via PTPTN

Artikel ini ditaja oleh PTPTN.

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kini kembali dengan Kempen Jom Beraya, Jom Menyimpan 2021

Kempen ini layak untuk semua pendeposit Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dengan tawaran hadiah lebih menarik untuk dimenangi.

Pengerusi PTPTN Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, kempen itu bertujuan memberi galakan kepada rakyat Malaysia memupuk budaya menabung dalam kalangan masyarakat bersempena sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.

“Kempen ini tanda penghargaan PTPTN kepada rakyat Malaysia kerana memilih Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) sebagai pilihan utama untuk membuat simpanan di musim perayaan,” katanya.

Selain itu, kempen ini turut menyasar rakyat Malaysia agar memilih SSPN sebagai pilihan utama akaun simpanan untuk menyimpan duit raya anak-anak.

‘Jom Beraya, Jom Menyimpan’ mencerminkan keprihatinan PTPTN supaya rakyat Malaysia sentiasa mengutamakan simpanan demi masa depan walaupun menyambut perayaan dalam norma baharu agar kekal meriah.

Promosi ini bermula dari 1 Mei sehingga 31 Mei 2021 dengan menawarkan hadiah duit raya bernilai hampir RM200,000 untuk dimenangi oleh 500 pemenang di Peringkat Negeri dan Peringkat Nasional.

Terbuka kepada semua pendeposit SSPN, pendeposit perlu membuat simpanan di dalam tempoh kempen bermula pada 1 Mei 2021 sehingga 31 Mei 2021

Peserta Kempen Jom Beraya, Jom Menyimpan bagi Peringkat Nasional perlu membuat simpanan bersih RM300 dan ke atas dalam tempoh promosi.

Image via PTPTN

Manakala bagi peserta kempen Peringkat Negeri perlu membuat simpanan bersih minimum RM100 dalam tempoh berkenaan.

Image via PTPTN

Selain itu, pendeposit layak untuk cabutan bagi kedua-dua Peringkat Nasional dan Peringkat Negeri sekiranya simpanan bersih adalah RM300 dan ke atas dalam tempoh promosi.

Pendeposit juga layak menerima hadiah edisi terhad dari PTPTN iaitu Jute Beg dan sampul raya sementara stok masih ada.

Rugi kalau tak sertai, jangan lepaskan peluang ini!

Image via PTPTN

Pendeposit boleh membuka akaun atau membuat penambahan simpanan secara dalam talian dengan melayari www.lovesspn.com, atau boleh hadir ke kaunter cawangan PTPTN serta melalui ejen sah yang telah dilantik.

Untuk maklumat lanjut berkaitan Kempen Jom Beraya, Jom Menyimpan 2021 sila layari laman web www.lovesspn.com.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang

Image via SAYS Seismik