Nak Idea Untuk Cuti Sekolah? Jom Ke Taman Tema Dengan Harga Terbaik Untuk Anda Sekeluarga!

Memang berbaloi!

Tahun ini, sambutan Aidilfitri dijangka akan menjadi lebih meriah kerana para ibu bapa dapat merayakannya bersama anak-anak yang mendapat cuti panjang persekolahan selama 10 hari iaitu mulai hari ini hingga 2 Julai depan

Image via giphy

Sekiranya ibu bapa ingin meluangkan masa bersama anak-anak namun masih kebuntuan dari segi aktiviti apa yang ingin dilakukan bersama, kami di SAYS Seismik mencadangkan anda sekeluarga bercuti di taman tema air!

Berikut adalah idea taman tema, juga dengan pakej harga istimewa yang berbaloi untuk anda sekeluarga!

Image via Myfave

Ayuh ke bandar Melaka dan segarkan diri di Taman Tema Air Gold Coast Melaka International Resort. Resort ini dapat dilihat dengan kapal layar Admiral Cheng Ho. Taman air eksklusif terletak di dalam resort dengan pelbagai tarikan seperti slaid, struktur percikan air, kolam renang dan banyak lagi. Taman teman air ini juga mempunyai jakuzi, dan taman kanak-kanak yang diletakkan secara strategik dalam landskap tropika buatan manusia.

Terdapat lima pilihan pakej:

1) RM 550 : 2H1M Menginap di Bilik 3-Bilik Tidur untuk 10 Orang beserta Sarapan + Tiket Taman Tema Air

2) RM 268 : Pakej Hari Jadi 2H1M Menginap di 1-Bilik Tidur Pangsapuri untuk 2 Orang beserta Sarapan dan Makan Malam + Kek dan Hadiah Hari Lahir + Tiket Taman Tema Air

3) RM 450 : 2H1M Menginap di Pangsapuri 2-Bilik Tidur untuk 7 Orang beserta Sarapan + Tiket Taman Tema Air

4) RM 732 : 3H2M Menginap di Pangsapuri 2-Bilik Tidur untuk 4 Orang beserta Sarapan + Tiket Taman Tema Air

5) RM 1000 : 3H2M Menginap di Bilik 3-Bilik Tidur untuk 6 Orang beserta Sarapan + Tema Taman Air

Nota: Boleh ditebus di Gold Coast Melaka International Resort bermula hari ini sehingga 8 Ogos 2018.

Image via Myfave

Kurang dari 1.5 jam memandu dari Kuala Lumpur, resort ini menawarkan ketenangan dan tempat untuk beristirehat dan jauh dari kesibukan bandar. Gold Coast Morib merupakan resort bertaraf antarabangsa dan percutian disini merupakan salah satu aktiviti ideal untuk para ibu bapa meluangkan masa berkualiti dengan anak-anak. Resort ini terletak di tepi pantai dan tarikan utama sudah semestinya taman tema air yang akan memberi keterujaan kepada kanak-kanak.

Terdapat enam pilihan pakej:

1. RM 158 : Pakej Meriah Raya : 2H1M Menginap di Studio Suite dengan Jacuzzi Persendirian + Tiket Kemasukan ke Taman Tema Air + Aktiviti untuk 2 Orang

2. RM 99 : Pakej Hari Jadi : 2H1M Menginap di Studio Suite dengan Tiket Kemasukan ke Taman Tema Air untuk 2 Orang

3. RM 550 : 2H1M Menginap di Bilik 3-Bilik Tidur dengan Tiket Kemasukan ke Taman Tema + Aktiviti untuk 6 Orang

4. RM 450 : 2H1M Menginap di Pangsapuri 2 Bilik Tidur dengan Tiket Kemasukan ke Taman Tema + Aktiviti untuk 4 Orang

5. RM 1088 : 2H1M Menginap di Penthouse 3 Bilik Tidur dengan Tiket Kemasukan ke Taman Tema + Aktiviti untuk 6 Orang

6. RM 1388 : 2H1M Menginap di Penthouse 4-Bilik Tidur dengan Tiket Kemasukan ke Taman Tema + Aktiviti untuk 8 Orang

Nota : Boleh ditebus di Gold Coast Morib International Resort mulai hari ini hingga 23 Jun 2018.


Image via Myfave

Taman Tema Bangi Wonderland Theme & Resort adalah taman tema dan resort air terbaru di rantau ini yang terletak di Bangi, Selangor, salah satu destinasi Malaysia yang paling popular. Bangi Wonderland adalah tarikan pelancongan terkini untuk pelancong tempatan dan luar negara. Ia adalah pengalaman taman air lengkap untuk semua orang - keluarga, anak-anak, remaja untuk berseronok. Tarikan utama iaitu gelongsor air berkelajuan tinggi The Bangi Wonderland Theme Park & Resort pasti akan mengujakan mana-mana pelawat.

Terdapat tiga pilihan pakej :

1. RM 279 : 2H1M Menginap di Bilik Deluxe King beserta Sarapan + Pass untuk 2 orang ke Bangi Wonderland Themepark

2. RM 259 : 2H1M Menginap di Bilik Deluxe Twin beserta Sarapan + Pass untuk 2 orang ke Bangi Wonderland Themepark

3. RM 389 : 2H1M Menginap di Bilik Keluarga Quad beserta Sarapan + Pass untuk 4 orang ke Bangi Wonderland Themepark

Nota : Boleh ditebus di Avenue Garden Hotel mulai hari ini sehingga 7 September 2018.

Jika anda berminat untuk menerokai lebih banyak pilihan produk keperluan yang terkenal, klik di #SAYSCatalogue!

Image via SAYS

#SAYSCatalogue merupakan segmen di SAYS di mana kami menampilkan cadangan produk yang menjadi pilihan ramai. Sebahagian daripada jualan akan dikutip dari halaman ini dan harga adalah tepat pada masa penerbitan.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a comment