seismik

Ucap Selamat Tinggal Pada Bibir Kering! 8 Pelembap Bawah RM20 Untuk Manjakan Bibir Anda

Mempunyai bibir yang kering dan retak sangatlah tidak seksi!!

Cover image via Stock Images | Instagram @s.hmi

Bila tengah bulan puasa ni, badan cenderung kekurangan air sebab peluang untuk minum air hanya terhad pada waktu malam

Image via giphy

Masalahnya, jika kekurangan minum, boleh berlaku dehidrasi ringan yang boleh mengakibatkan bibir jadi kering dan retak. 

Selain kesakitan, bibir boleh membuat penampilan anda kurang menarik dan akan buat anda kelihatan pucat tahap maksimum. Jadi, bagaimana cara untuk mengatasi masalah ini?

Jangan risau, kami ada penyelesaian untuk masalah bibir kering ini! Dari pelembap bibir semulajadi hingga ke pelembap bibir yang berwarna, semua kami ada!

Image via Gifer

Lihat senarai dibawah ini untuk mengetahui pelembap bibir yang anda patut miliki dengan harga bawah RM20!

Image via Green Wellness

Pelembap bibir Human Nature ini menggunakan 100% bahan asli dengan campuran terbaik mentega koko, lilin dan minyak semulajadi berharga RM12.65 sahaja!

Pelembap bibir ini juga sesuai dijadikan asas kepada bibir anda sebelum mengenakan gincu dan sesuai untuk digunakan sepanjang hari bagi mengekalkan bibir supaya sentiasa lembut, lembap dan dilindungi daripada kekeringan juga keretakan.

Terdapat dalam 5 perisa: Peppermint, Berry Wild, Anggur, Ceri dan Cola.

Anda boleh dapatkan pelembap bibir ini di Green Wellness.

Image via Green Wellness

Pelembap bibir Human Nature ini bukan sahaja berfungsi melembapkan bibir anda bahkan turut bertindak sebagai gincu kerana ianya mengeluarkan warna!

Juga diperbuat 100% daripada bahan semulajadi dengan harga hanya RM13.70!

Terdapat dalam tiga warna yang menyeronokkan: Pink Orchid (merah jambu), Kiss Island (coral), Flame Tree (merah).

Anda boleh dapatkan pelembap bibir ini di Green Wellness.

Image via Sephora

Rawat dan lembapkan bibir anda dengan pelembap bibir dari Sephora Collection. Terdapat 5 perisa berbeza yang masing-masing mempunyai keistimewaannya tersendiri.

Perisa Kelapa berfungsi untuk merawatkan kekeringan bibir, perisa Almond yang kaya dengan Omega 6 dan 9 mampu menyihatkan bibir, perisa Rose terkenal dengan ciri kelembapannya, perisa Goji Berry pula tinggi dengan antioksidan, dan perisa Tangerine yang kaya dengan Vitamin C mampu menegangkan kulit bibir.

Harga asal pelembap bibir ini ialah RM 30 tetapi dengan harga diskaun ianya hanya RM18 sahaja!

Anda boleh dapatkan pelembap bibir ini di Sephora.

Image via Sephora

Pelembap bibir edisi terhad dari Sephora Collection ini bukan sahaja berbau harum malah sangat mudah cara pemakaiannya. Tanpa perlu cermin!

Pelembap bibir ini juga akan menambahkan kilauan halus ke bibir dan mempunyai 5 perisa iaitu Pink, Coral, Cherry, Violet dan Fuschia dan masing-masing berharga RM20 sahaja!

Anda boleh dapatkan pelembap bibir ini di Sephora.

Image via Yves Rocher

Tidak kira bulan puasa ataupun tidak, pelembap bibir dari Yves Rocher ini mampu memberi penjagaan sepenuhnya.

Pelembap bibir ini akan memberi bukan sahaja kelembutan dan kelembapan kepada bibir anda bahkan ianya sangat berkhasiat! 

Dengan hanya RM15.20, pelembap bibir ini akan menyerlahkan lagi senyuman anda.

Anda boleh dapatkan pelembap bibir ini di Hermo.

Image via Eucerin

Eucerin Lip Active ini telah direka bagi anda yang mempunyai bibir sensitif. Kandungan Dexpanthenol dan Vitamin E yang terdapat dalamnya mampu melegakan, melembapkan, dan melindungi bibir dari sinaran UV.

Sapukan secara teratur untuk kelembapan dan perlindungan berterusan sepanjang hari dengan harga hanya RM17!

Anda boleh dapatkan pelembap bibir ini di Hermo.

Image via Nivea

Bibir kita memerlukan perlindungan yang mencukupi kerana kulit di bibir kita amat sensitif.

Produk penjagaan bibir Nivea ini mampu memberikan kelembapan intensif untuk bibir yang lebih lembut dan sihat.

Mempunyai 5 perisa iaitu Original Care, Cherry Shine, Strawberry Shine, Peach Shine dan Watermelon Shine dengan hanya RM11.60 sahaja bagi setiap satu!

Anda boleh dapatkan pelembap bibir ini di Hermo.

Image via Nivea

Lagi satu pelembap bibir dari Nivea ini mampu memberikan kelembapan segera kepada bibir anda di samping memberi kelembutan sepanjang hari.

Mempunyai formula Core Care dalaman dengan Provitamin B5 ini mampu memberikan kesan terbaik kepada bibir anda di samping mengeluarkan warna yang akan serlahkan lagi bibir anda.

Terdapat dua perisa iaitu Rose dan Pink dengan harga hanya RM10.96 setiap satu!

Anda boleh dapatkan pelembap bibir ini di Hermo.

Tiada lagi bibir kering!

Image via She Said

Jika anda berminat untuk menerokai lebih banyak pilihan produk keperluan yang terkenal, klik di #SAYSCatalogue!

Image via SAYS

#SAYSCatalogue merupakan segmen di SAYS di mana kami menampilkan cadangan produk yang menjadi pilihan ramai. Sebahagian daripada jualan akan dikutip dari halaman ini dan harga adalah tepat pada masa penerbitan.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Gadis-gadis minimalis dah beli baju raya belum?

Lagi artikel-artikel menarik di SAYS SEISMIK:

You may be interested in: