Nak Kekal Mulus, Cantik & Berseri Di Pagi Raya? Jadikan Kiehl’s Sebagai Skincare Anda!
Barulah flawless pagi raya nanti.
Apabila tiba musim perayaan, pasti ramai sudah mula sibuk mempersiapkan pakaian, kuih-muih dan duit raya
Namun, bagaimana pula dengan penampilan wajah?
Wajah yang kelihatan lesu dan kusam akan menjejaskan penampilan anda di pagi raya sekali gus mengurangkan keyakinan diri ketika berdepan khalayak.
Justeru, penjagaan kulit wajah amat penting dan tidak sepatutnya diabaikan walaupun ketika sedang bergembira menikmati musim perayaan.
Sebagai sebuah syarikat yang menawarkan pelbagai rangkaian produk penjagaan kulit, Kiehl’s memperkenalkan dua produk dengan formula yang dikuasakan oleh alam semula jadi dan sains bagi mengekalkan kulit wajah yang cantik, sihat, mulus, gebu di pagi raya.
Antaranya adalah produk Kiehl’s Clearly Corrective Dark Spot Solution yang dirumus dengan formula Activated C, White Birch Extract dan Peony Extract yang mampu mencerahkan kulit muka dan menjadikan tona kulit kelihatan lebih sekata dengan penggunaan harian yang berterusan.
Ia terbukti secara klinikal membantu mengurangkan hiperpigmentasi sebanyak 49 peratus dan warna bintik-bintik gelap sebanyak 39 peratus, serta kesan selepas jerawat sebanyak 27 peratus.
Activated C merupakan vitamin C yang terkenal dengan sifat anti-penuaan yang luar biasa untuk menghilangkan bintik-bintik gelap dan mencerahkan kulit.
Ia juga membantu meningkatkan kejelasan kulit, mengimbangi tona kulit yang tidak sekata dan tekstur yang betul dari semasa ke semasa.
White Birch Extract bahan yang berasal daripada gula, membantu mengekalkan penghidratan dan menyekatakan tona kulit.
Akhir sekali, Peony Extract ialah antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada kerosakan radikal bebas, menghalang pembentukan bintik-bintik gelap dan warna kulit kusam pada masa hadapan.
Untuk lebih efektif boleh tambahkan dengan rutin penjagaan kulit “Morning C Night A”.
Pengguna boleh menggunakan produk mengandungi Vitamin C pada sebelah pagi dan produk mengandungi A untuk kulit lebih cerah berseri.
Seperti diketahui umum, retinol merupakan antara bahan penjagaan kulit yang popular dalam produk penjagaan wajah untuk menangani tanda penuaan.
Oleh itu, Kiehl’s memperkenalkan produk Kiehl’s Retinol Skin Renewing Daily Micro-Dose Serum dengan Ceramides and Peptide yang dapat membantu pengguna mengurangkan kedutan, garis halus, menyekatakan tona kulit dan mengecilkan pori.
Diformulakan daripada Pure Retinol, Ceramides dan Peptide, produk serum Kiehl’s ini juga mampu membuatkan kulit muka kelihatan lebih sihat, licin, lembut dan anjal.
Selain retinol dan ceramide tulen, ia juga didorong oleh peptida sebagai tambahan kepada retinol tulen dan ceramide untuk membantu pengguna mengekalkan kesan reparatif retinol.
Dengan setiap penggunaan, kulit baharu segar menyerap jauh ke dalam lapisan tengah kulit untuk membantu meningkatkan pengeluaran elastin dan kolagen sekali gus membuatkan kulit tampak anjal.
Tambahan, produk ini sangat disyorkan untuk pengguna yang baru menggunakan produk retinol buat kali pertama serta mereka yang mempunyai kulit sensitif yang mungkin mengalami ketidakselesaan kulit.
Untuk memaksimumkan manfaat Kiehl’s Retinol Skin Renewing Daily Micro-Dose Serum dengan Ceramides and Peptide, pengguna juga boleh mempertimbangkan menggunakannya bersama produk Kiehl’s yang lain.
Sempena Aidilfitri tidak lama lagi, Kiehl’s akan memberi sampel percuma untuk meningkatkan lagi seri wajah anda di pagi raya.
Dapatkan sampel percuma di kedai fizikal Kiehl’s serta lawati Pop-Up Raya di IOI City Mall pada 11 April sehingga 23 April, dan SOGO pada 17 April sehingga 30 April untuk mendapatkan tawaran eksklusif.
Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai produk yang ditawarkan sila layari https://www.kiehls.com.my/Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!