seismik

Nak Menang Hadiah RM500? Rebut Tawaran HUAWEI MatePad Baru Ini Di Super Sales Deals 9.9

Lagi jimat dan berbaloi!

Cover image via HUAWEI Malaysia

Artikel ini ditaja oleh HUAWEI.

Teknologi kini bergerak dengan pantas dan pelbagai model peranti silih berganti yang ditawarkan terdapat di pasaran

Image via HUAWEI Malaysia

Tapi berbaloikah ianya untuk dimiliki? Tak perlu berbelanja lebih lagi kalau anda boleh menikmati teknologi yang mengagumkan pada harga lebih jimat.

Peminat HUAWEI, ucapkan selamat datang kepada HUAWEI MatePad baru yang dilengkapi dengan ciri hiburan mengasyikkan, pembelajaran yang efisien dan pengalaman AI yang lancar.

Kalau anda nak tahu, bermula 9 September ini, HUAWEI MatePad baru akan dijual pada harga RM1,399 di HUAWEI Experience Stores di seluruh negara dan secara atas talian di HUAWEI Store.

Dengan setiap pembelian HUAWEI MatePad baru ini, anda akan menerima papan kekunci HUAWEI percuma serta hadiah lain seperti ganjaran pusat untuk ahli HUAWEI, HUAWEI Cloud Storage 15GB (selama 12 bulan) dan banyak lagi yang bernilai sehingga RM500!*

Bagi anda yang baru nak memiliki tablet dan mencari sesuatu pada harga lebih rendah, anda boleh memilih HUAWEI MatePad T 10 yang dijual pada harga RM499 untuk satu hari saja, iaitu pada 9.9.

Kejap, bukan itu saja! HUAWEI WATCH Fit dan HUAWEI FreeLace Pro turut akan dijual pada harga RM499 dan RM399. Rugi besarlah kalau anda terlepas tawaran hebat ini pada HUAWEI Super Sales Deals 9.9.

Ini 6 sebab kenapa anda WAJIB ada HUAWEI MatePad!

Image via HUAWEI Malaysia

1. Nikmati pengalaman berhibur dengan gaya baru

Bosan dengan kualiti audio peranti yang tak memuaskan? Dengan HUAWEI MatePad, anda boleh rasai sendiri pengalaman audio premium kerana HUAWEI MatePad menyokong Histen 6.0 untuk kesan bunyi stereo 3D.

Kalau dengar muzik atau menonton filem, anda dapat dengar sendiri bunyi yang dihasilkan memang lebih jelas dan mendalam melalui 4 pembesar suara dan sistem bunyi 4 saluran Harman Kardon. Bunyi yang rumit pun boleh didengari dengan lebih jelas dan sempurna. Lepas ni, nak mandi sambil pasang lagu mestilah lagi best.

2. Meningkatkan produktiviti

Anda selalu multitasking? Pernah berhadapan dengan situasi nak tulis nota di tablet pada masa yang sama nak balas pesanan teks daripada client?

Lepas ni lebih mudah anda nak buat lebih banyak kerja dalam satu masa dengan ciri Multi-Window. Ciri ini membolehkan dua aplikasi dibuka secara serentak, dan lebih menarik ialah dengan aplikasi ni juga anda dapat berinteraksi antara satu sama lain yang pastinya memberikan kecekapan multi-tugas maksimum.

3. Pastikan anda kekal berhubung

Melalui kehidupan norma baharu, jarak sosial yang dipraktikkan telah membuatkan kita semakin jauh antara keluarga dan rakan-rakan. Tapi, teknologi membantu kita terus berhubung menerusi panggilan video bersama yang tersayang.

HUAWEI MatePad dilengkapi dengan HUAWEI MeeTime, iaitu fungsi perbualan video yang menyokong panggilan berkualiti tinggi sehingga 1080p antara dua peranti HUAWEI. Walaupun terpaksa berjauhan, anda masih lagi boleh berhubung dengan MeeTime.

4. Bantu serlahkan kreativiti

Bagi yang berjiwa kreatif dan sentiasa perlukan sesuatu untuk mencatatkan ilham anda yang datang secara tiba-tiba, HUAWEI MatePad semestinya rakan yang perlu dibawa sentiasa.

Dilengkapi dengan papan kekunci dan boleh digunakan dengan HUAWEI M-Pensil (yang dapat dibeli secara berasingan), tablet ni semestinya memudahkan anda mencatat nota dan inspirasi spontan.

HUAWEI M-Pencil mempunyai 4,096 tahap kepekaan tekanan, untuk menulis dengan cukup halus agar pemikiran dan inspirasi anda dapat dicatat dengan lebih baik.

5. Peranti pintar untuk kehidupan pintar di masa hadapan

HUAWEI MatePad yang baru turut dilengkapi dengan mod keselesaan mata (comfort eyes) yang mengurangkan pelepasan cahaya biru pada paparan, serta mod eBook untuk mengurangkan keletihan mata jika anda membaca untuk jangka masa yang lama pada tablet.

Apabila mod eBook diaktifkan, skrin akan menjadi hitam dan putih untuk memberi keselesaan pada mata anda. Tak perlu bimbang jika perlu melihat tablet pada masa yang lama lepas ni.

6. Bayar kurang untuk dapat lebih banyak dengan HUAWEI Together 2020!

Image via HUAWEI Malaysia

Tak perlu tunggu lagi untuk membeli peranti baru yang memberi manfaat kepada kehidupan anda. Apa kata anda dapatkan semuanya bermula 9 September dan nikmati pilihan pembayaran secara pelan ansuran.

Untuk anda yang memilih untuk membayar secara ansuran anda boleh berbuat demikian di bawah pelan HUAWEI’s Together 2020. 

Pelan ini juga ada untuk pelajar tau, di mana anda boleh mendapatkan HUAWEI nova 7 SE dan HUAWEI MatePad dan dengan hanya membayar RM7.94 sehari selama 12 bulan. Kemasukan ke universiti dah nak dekat, jadi bolehlah beli peranti HUAWEI di bawah pelan ini. Lagi jimat dan berbaloi!

HUAWEI AppGallery - Lebih Selamat, Lebih Banyak Ruang Penyimpanan dan Lebih Banyak Ganjaran

HUAWEI AppGallery kini mengandungi aplikasi yang paling kerap digunakan oleh rakyat Malaysia seperti WeChat, Line, HereWeGo, AirAsia, TikTok, Lazada, Touch ‘n Go eWallet, Foodpanda, Maybank2u dan banyak lagi.

Pengguna HUAWEI juga dapat mencari dan memuat turun lebih banyak aplikasi dari “Petal Search Widget” yang telah siap dipasang pada peranti mereka. AppGallery juga selamat, kerana diperkuat dengan empat lapisan perlindungan yang telah diperakui oleh standard industri tertinggi.

Jadi tunggu apa lagi, jangan lepaskan peluang untuk memiliki HUAWEI MatePad dan MatePad T 10 yang akan tersedia mulai 9 September ini di HUAWEI Store. 

Save the date dan nikmati pengalaman luar biasa pada HUAWEI Super Sales Deals 9.9! Untuk maklumat lanjut anda boleh terus ke Facebook HUAWEI.

Hidup pintar tak perlu bayar lebih hanya dengan HUAWEI!

Artikel di atas dipetik daripada portal OHBULAN! dan diterbitkan semula oleh SAYS Seismik.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik