Nak Naik Moto Berdua Di Terengganu? Chup! Mesti Kahwin Dulu
Bagaimana pula dengan negeri lain?
Selepas ini, anda tidak lagi dibenarkan menunggang motosikal bersama pasangan yang bukan mahram
Ya benar. Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) akan menumpukan penguatkuasaan ke atas mereka yang menaiki motosikal bersama pasangan yang bukan mahram dan lain-lain
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) akan meningkatkan penguatkuasaan khusus di kalangan golongan remaja yang berkelakuan tidak sopan di tempat awam.
Katanya, antara tumpuan penguatkuasaan ialah ke atas mereka yang menaiki motosikal bersama individu yang bukan mahram, wanita berpakaian mencolok mata dan lelaki berpakaian seperti wanita.
Ketua Penguatkuasaan Syariah, Mokhtar Salleh berkata ia bagaikan satu trend dengan kaum wanita sering dilihat membonceng motosikal dalam keadaan tidak sopan dengan lelaki yang tiada ikatan keluarga
Menurutnya, MAIDAM akan bekerjasama dengan pihak polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ketika operasi bagi mengesan pesalah yang melakukan perbuatan seperti ini
"Jika kita kesan mereka tiada hubungan dan berkelakuan tidak senonoh, kita akan panggil untuk sesi kaunseling sebelum diberi amaran dan ditahan jika terus mengulangi perbuatan yang sama."
"Kita akan terus mencegah perbuatan berkenaan daripada terus berleluasa dari semasa ke semasa. Kita sebenarnya tiada kuasa untuk menahan mereka di jalan raya dan oleh sebab itu kita bekerjasama dengan agensi yang lain membanteras perbuatan tidak sopan ini," kata Mokhtar Salleh.
Ops Penguatkuasaan Tahun Baru Cina telah dimulakan dan setakat ini, MAIDAM telah mengesan enam pasangan berkelakuan dan berpakaian kurang sopan serta seorang lelaki berpakaian wanita
Beliau berkata, rata-rata mereka yang ditahan berusia antara 20 hingga 26 tahun yang menaiki motosikal dengan lelaki bukan mahram.
bharian.com.myDalam pada itu, wanita Islam di Terengganu diingatkan agar tidak mengenakan pakaian yang terlalu mencolok mata kerana perbuatan itu boleh menyebabkan mereka didenda atau dipenjara selama enam bulan
Mokhtar berkata, ini merupakan penguatkuasaan kali pertama yang disertai pihaknya bersama agensi penguatkuasaan lain setelah menerima banyak aduan berhubung perkara ini yang dikhuatiri akan menjadi ikutan anak muda lain sekiranya tidak dicegah.
sinarharian.com.my