Nak Pantau Penggunaan Internet Anak? Kini Semuanya Boleh Diurus Dengan Satu Tap Je!
Ramai ibu bapa risau dengan penggunaan telefon pintar anak, tetapi mengawal akses internet tak semestinya rumit. Kini, semuanya boleh diurus dengan hanya satu tap.
Cover image via SeismikFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Artikel ini ditaja oleh Tune Talk.
"Tengok apa tu?" atau "Berapa lama dah main telefon?"
Ini antara soalan yang mungkin selalu keluar daripada mulut ibu bapa pada zaman sekarang.
Telefon pintar sememangnya sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan harian anak-anak. Tetapi internet hari ini bukan sekadar dipenuhi video hiburan atau bahan pembelajaran.
Tanpa disedari, anak juga boleh terdedah kepada kandungan ganas, kandungan yang tidak sesuai dengan usia mereka, malah penipuan dalam talian.
Sebab itulah semakin ramai ibu bapa mula mencari cara yang lebih mudah untuk mengawal penggunaan internet anak tanpa perlu pening dengan pelbagai aplikasi tambahan.
Satu tap sahaja, terus boleh kawal penggunaan internet anak
Menariknya, Tune Talk kini hadir dengan Epik+ Family Safe, pelan keluarga yang direka khas untuk membantu ibu bapa mengurus penggunaan internet anak dengan lebih mudah dan selamat.
Apa yang mencuri perhatian adalah fungsi One-Tap Parental Control yang membolehkan ibu bapa mengawal dan mengurus penggunaan internet anak hanya dengan satu tap.

Tak perlu setting yang rumit atau muat turun aplikasi tambahan. Semuanya boleh diurus dengan mudah melalui aplikasi Tune Talk, di mana ibu bapa boleh mengawal penggunaan internet anak dan mengurus tetapan keluarga dalam satu aplikasi sahaja.
Lebih meyakinkan, pelan ini turut dilengkapi dengan Network Level Security yang berfungsi terus di peringkat rangkaian untuk membantu melindungi anak ketika melayari internet.
Ibu bapa juga boleh memilih tahap perlindungan yang bersesuaian mengikut umur dan keperluan anak melalui tiga pilihan berikut:
1. High Protection – The Curious Starter
Sesuai untuk anak kecil yang baru mula menggunakan peranti bagi tujuan pembelajaran, menonton video, bermain permainan atau melayari internet.
- Pelayaran internet yang lebih mesra kanak-kanak
- Menyokong pembelajaran dan penerokaan
- Sesuai untuk ibu bapa yang mahukan kawalan lebih ketat pada peringkat awal
2. Medium Protection – The Growing Teen
Direka untuk remaja yang memerlukan lebih banyak akses bagi tujuan pembelajaran, hobi, hiburan dan komunikasi.
- Menyokong keperluan pembelajaran dan tugasan sekolah
- Memberikan akses kepada hobi dan hiburan
- Fleksibiliti dengan kawalan yang bersesuaian
3. Low Protection – The Confident User
Sesuai untuk remaja yang memerlukan akses internet yang lebih luas untuk pembelajaran, komunikasi serta penggunaan harian.
- Menyokong keperluan sekolah dan aktiviti digital harian
- Akses untuk hiburan dan penggunaan media sosial
- Pengalaman melayari internet yang lebih bebas dan berdikari
Dengan pilihan tahap perlindungan ini, ibu bapa boleh mengurus pengalaman internet anak dengan lebih mudah mengikut usia dan keperluan mereka.

Bukan setakat selamat, data pun memang cukup untuk sekeluarga
Selain aspek keselamatan digital, pelan ini turut menawarkan 700GB kongsi data yang boleh dikongsi antara 1 talian ibu bapa dan 1 talian anak.
Kalau anak ramai?
Jangan risau. Anda boleh tambah sehingga 3 talian anak tambahan pada harga RM20 setiap satu, menjadikan ia lebih fleksibel mengikut keperluan keluarga.

Internet laju memang penting untuk seisi keluarga
Tak guna juga kalau data banyak tapi internet perlahan, kan?
Yang bestnya, Tune Talk menggunakan Cloud AI Powered Ultra Fast 5G dengan kelajuan tanpa had sehingga 900Mbps bagi memastikan pengalaman internet yang lebih stabil dan lancar.
Kalau anak anda menggunakan internet setiap hari untuk pembelajaran dan aktiviti harian, pengalaman yang lebih lancar dan stabil pastinya memberikan lebih keselesaan.
Malah, ini juga membuktikan bahawa tidak semua rangkaian 5G adalah sama kerana Tune Talk dipacu oleh teknologi Cloud AI yang direka untuk memberikan sambungan yang lebih pintar, stabil dan pantas.
Banyak lagi manfaat tambahan yang buatkan ia lebih berbaloi
Selain fungsi keselamatan digital dan data yang besar, pelanggan turut menikmati pelbagai manfaat tambahan seperti:
- One-Tap Parental Control untuk pengurusan internet anak yang lebih mudah
- E-Roaming percuma di 13 negara
- PA Insurans sehingga RM500,000*
- Nova(Astrologi)
- Panggilan tanpa had ke semua rangkaian
- Langganan foodpanda pandapro
- Langganan Shopee VIP
Secara keseluruhannya, pelan ini menawarkan nilai tahunan sehingga RM3,779 bermula serendah RM80 sebulan.
Kalau anak dah lebih besar, ada pilihan yang sesuai untuk seluruh keluarga

Selain Epik+ Family Safe, Tune Talk turut menawarkan Epik+ Family yang sesuai untuk keluarga, pasangan atau isi rumah.
Pelan ini hadir dengan 1200GB kongsi data yang boleh dikongsi merentasi 5 talian mudah alih, semuanya pada harga hanya RM128 sebulan.
Memilih pelan mudah alih bukan sekadar melihat jumlah data, tetapi juga bagaimana ia mampu menyokong keperluan seluruh keluarga setiap hari.
Sebab itu, Tune Talk Epik+ Family dan Epik+ Family Safe hadir dengan gabungan internet pantas, data yang mencukupi serta pelbagai manfaat tambahan yang boleh disesuaikan mengikut keperluan keluarga.

Ini menjadikannya pilihan yang sesuai untuk keluarga yang mempunyai lebih ramai pengguna atau mereka yang mahu menikmati lebih nilai dalam satu pelan yang mudah diuruskan.
Seperti Epik+ Family Safe, pelan ini juga dikuasakan oleh Cloud AI Powered Ultra Fast 5G yang menawarkan pengalaman internet yang lebih stabil dan pantas untuk kegunaan harian.
Lebih data, lebih nilai untuk seluruh isi rumah
Epik+ Family turut hadir dengan pelbagai manfaat tambahan seperti:
- E-Roaming percuma di 13 negara
- PA Insurans sehingga RM500,000*
- Nova (Astrologi)
- Akses eksklusif game dan drama
- Panggilan tanpa had ke semua rangkaian
- Langganan foodpanda pandapro
- Langganan Shopee VIP
Menariknya, pelan ini menawarkan nilai tahunan sehingga RM10,590, menjadikannya antara pelan keluarga yang menawarkan nilai yang cukup berbaloi untuk mereka yang mahukan lebih data, lebih fleksibiliti dan lebih kemudahan.
Bila ketenangan dan nilai jadi keutamaan, dua pelan ini memang berbaloi!
Hari ini, pelan mudah alih bukan lagi sekadar tentang berapa banyak data yang ditawarkan. Apabila satu pelan turut hadir dengan ciri keselamatan digital untuk anak, data kongsi yang fleksibel, internet yang stabil serta pelbagai manfaat tambahan dalam satu langganan, nilainya terasa jauh lebih berbaloi untuk seluruh keluarga.
Itulah yang ditawarkan melalui Tune Talk Epik+ Family Safe dan Epik+ Family. Sama ada anda mengutamakan pengalaman internet yang lebih selamat untuk anak atau mahukan pelan yang memudahkan seluruh keluarga kekal berhubung, kedua-duanya direka untuk memenuhi keperluan keluarga moden hari ini.
Untuk maklumat lanjut, layari Tune Talk hari ini.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

