Nak Raya Dengan Tenang Tanpa Stress Duit? Ini 5 Cara Bijak Kawal Bajet
Setiap tahun overbudget masa Raya? Jangan ulang silap yang sama pada tahun ini

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Artikel ini ditaja oleh AmBank
Setiap kali menjelang Aidilfitri, memang susah nak tahan diri
Dari baju raya sedondon satu keluarga, kuih raya berbalang-balang, sampailah duit raya untuk anak buah. Semuanya rasa macam 'wajib' ada!
Realitinya, kalau tak dirancang betul-betul, bulan selepas Syawal boleh jadi agak perit. Masuk sahaja gaji, terus 'hilang' lebih separuh berikutan dengan komitmen yang tertunggak.
Demi memastikan Raya kekal meriah tanpa tekanan kewangan, ini 5 cara bijak yang anda boleh praktikkan.
1. Tetapkan bajet sebelum berbelanja

Langkah pertama ini nampak basic, tapi ramai yang terlepas pandang.
Apa yang perlu anda lakukan hanyalah tetapkan bajet bagi setiap kelengkapan yang mahu didapatkan sempena raya.
Berikut antara keperluan yang sering didapatkan sempena Hari Raya:
- Pakaian raya
- Duit raya
- Juadah dan kuih-muih
- Dekorasi rumah
- Kos balik kampung
Bila setiap kategori sudah ada had tertentu, anda lebih mudah kawal perbelanjaan dan buat keputusan dengan rasional.
Elakkan mentaliti "alang-alang membeli" kerana ayat ini antara punca yang membuatkan bajet kita 'lari' jauh tanpa kita sedar.
2. Gunakan platform digital bagi mengawal perbelanjaan serta raih ganjaran raya

Zaman sekarang, urus kewangan jadi lebih mudah dengan transaksi digital.
Bukan saja boleh semak perbelanjaan secara real time, malah anda juga berpeluang untuk nikmati ganjaran tambahan!
Contohnya, bagi yang belum menjadi pelanggan AmBank/AmBank Islamic, pembukaan Akaun Simpanan/-i atau Semasa/-i melalui Aplikasi AmOnline membolehkan anda menerima sehingga RM68 Cashback sebagai ganjaran alu-aluan.
Kalau anda lebih gemar fleksibiliti kredit, permohonan Kad Kredit/-i juga hadir dengan ganjaran sambutan tersendiri!
Lebih menarik, pelanggan baharu turut boleh membuka Akaun Simpanan-i AmWafeeq dan berpeluang memenangi hadiah mewah seperti:
- Suite hotel eksklusif
- BMW 2 Series
- Pelbagai lagi hadiah menarik
Fuh, menarik kan? Sambil menyimpan, ada peluang untuk menang hadiah raya yang premium!
3. Jadikan setiap transaksi lebih 'bermakna'

Kalau memang perlu berbelanja, pastikan ada pulangan semula.
Sepanjang musim perayaan, pelanggan sedia ada AmBank/AmBank Islamic boleh menikmati ganjaran tambahan.
Melalui transaksi AmOnline, anda berpeluang memenangi hadiah sehingga RM10,000 dalam bentuk baucar dan Cashback, termasuk:
- Baucar membeli-belah Habib
- Switch
- Shopee
Selain itu, pemegang Kad AmBank/-i juga boleh menikmati pelbagai diskaun makanan di restoran terpilih sepanjang kempen Raya.
Kalau mahu enjoy di hari Raya bersama keluarga tanpa rasa terlalu terbeban, ini yang boleh anda cuba!
Jadi anda masih boleh raikan momen bersama keluarga tanpa rasa terlalu terbeban dengan perbelanjaan.
4. Tambah duit raya dengan sistem rujukan
Nak tambah bajet duit raya tanpa tambah tekanan kewangan?
Gunakan program rujukan.
Ajak keluarga atau rakan yang belum mempunyai akaun untuk membuka akaun/-i melalui AmOnline menggunakan kod rujukan anda.
Setiap rujukan berjaya membolehkan anda menikmati sehingga RM50 Cashback.
Inilah cara mudah untuk tambah simpanan sambil berkongsi manfaat bersama orang-orang tersayang!
5. Semak semua ganjaran raya dalam satu platform
Daripada cari promosi di merata tempat, lebih mudah kalau semuanya dikumpulkan dalam satu platform.
Untuk kempen RB Raya 2026, anda boleh semak pelbagai tawaran untuk pelanggan baharu dan sedia ada di satu tempat.
Daripada ganjaran cashback, hadiah mewah, sehinggalah promosi transaksi dan rujukan, semuanya direka untuk jadikan sambutan Raya lebih bermakna dan lebih rewarding!

Ayuh beraya dengan penuh kegembiraan tanpa tekanan
Urus bajet Raya bukan bermaksud anda perlu berbelanja secara minimum.
Ia tentang membuat pilihan yang lebih bijak dan memastikan setiap perbelanjaan memberi nilai tambah.
Menerusi perancangan awal, penggunaan platform digital dan peluang ganjaran yang tersedia, anda boleh sambut Aidilfitri dengan lebih tenang tanpa rasa 'sakit' selepas Syawal.
Raya tetap meriah. Poket juga masih selamat.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

