‘YouTube Video Checkup’ Ini Akan Beritahu Telco Mana Yang Paling Laju Di Kawasan Anda
Terima kasih, Google. :)
Menonton video di YouTube yang tersekat-sekat dan buffering memang tak best. Tambah-tambah lagi, sewaktu kita betul-betul enjoy menonton video tersebut.
Tengah tergelak-gelak tetiba video terhenti. Memang potong stim betul! Sebenarnya masalah ini terjadi mungkin disebabkan kuota anda dah nak habis tak pun line telco yang anda gunakan tidak beberapa bagus.
Masalah ini dapat anda atasi sekiranya anda tahu apa telco yang terbaik untuk anda gunakan di kawasan anda melalui tools YouTube Video Checkup.
Melalui tools ini, hanya ada 4 jenis telco yang datanya diambil oleh Google iaitu Celcom, Maxis, Digi dan U-Mobile
Data tersebut menunjukkan tabiat pengguna keempat-empat telco berkenaan mengakses video SD dan HD menggunakan aplikasi YouTube.
Melalui data yang kami terima, Celcom dan Maxis tercatat sebagai rangkain telco yang terbaik untuk digunakan di sekitar kawasan Kuala Lumpur dan Lembah Klang.
Data yang diterima menunjukkan Celcom dan Maxis mencatatkan sebanyak 4/5 bintang. Kemudiannya ia diikuti dengan Digi yang mencatatkan 3.5 bintang dan U-mobile dengan 3 bintang.
Cara untuk menggunakannya senang saja. Klik link INI, serterusnya masukkan nama kawasan yang anda tinggal dan Google akan menyenaraikan telco yang terbaik di sekitar kawasan tersebut.
Selain Lembah Klang, kami juga cuba mendapatkan data di beberapa kawasan lain seperti di Melaka, Johor Bahru, Kuantan dan Ipoh.
Data menunjukkan Celcom dan Maxis juga mendahului telco yang lain.
Bagaimanapun, ini tidak meliputi caj, pakej internet dan sebagainya sebaliknya hanya memfokuskan kepada rangkaian yang terbaik di sesebuah tempat semata-mata.