seismik

Palestin Dibuang Dari Google Maps? Google Kata Mereka Tak Pernah Wujud #PalestineIsHere

Palestin di hati kami.

Cover image via SAYS

Sejak seminggu lalu, kecoh di laman sosial, Whatsapp dan sebagainya mengenai isu label Palestin dipadam dari Google Maps yang menyebabkan kemarahan ramai penduduk dunia

Sana sini orang bercerita mengenainya. Sebagai salah sebuah negara Islam pastinya penduduk Malaysia juga terkesan dengan isu tersebut. Tambahan pula negara kita begitu peka dengan isu peperangan yang sedang dialami Palestin dan Israel.

Buat pengetahuan anda, pada tahun 2012 sebanyak 137 buah negara di dunia mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara.






Sejurus isu itu menjadi 'hangat', terdapat pihak yang menjalankan petisyen meminta nama Palestin dinaikkan semula ke dalam aplikasi berkenaan

Usaha murni tersebut mendapat sambutan baik masyarakat dunia malah satu hashtag #PalestineIsHere dibuat dan menjadi trending di laman sosial.




Masyarakat dunia juga memberi amaran akan memboikot Google sekiranya pihak mereka tidak menaikkan semula nama Palestin di dalam aplikasi berkenaan.

Bagaimanapun, AWANI hari ini melaporkan bahawa Google mengaku label 'Palestin' tidak pernah wujud dalam Google Maps

Kami membuat semakan di Google Maps. Memang benar hanya kelihatan satu garisan titik sempadan, yang membezakan Tebing Barat dan Gaza serta Israel.

Image via Google Maps

Kawasan dalam garisan tersebut dilihat seperti ia sebahagian daripada Israel.

Namun persoalannya, adakah benar-benar nama Palestin terus hilang daripada Google Maps, atau ia tidak pernah wujud sama sekali dalam Google Maps?

"Tidak pernah ada label bernama 'Palestin' dalam Google Maps. Namun, kami telah mengesan 'bug' (kesilapan) atau pepijat dalam Google Maps, dengan label 'Tebing Barat' dan ''Gaza'.

"Kami sedang berusaha segera untuk mengembalikan label tersebut di kawasan itu," kata Google dalam satu kenyataan hari ini.

astroawani.com

Pada 25 Julai lalu, Barisan Wartawan Palestin telah melakukan bantahan terhadap Google dengan mendakwa syarikat teknologi itu telah sengaja 'membuang' nama Palestin di Google Maps

'Kesilapan' yang dilakukan Google menyebabkan ramai pengguna media sosial, beralih arah kepada enjin carian lain sebagai tanda protes.

Tonton video di bawah:


Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Kalaulah Palestine bukan sebuah negara mengapa ada individu dari sana diiktiraf dunia?

Terbaik! Inisiatif sebegini yang kita perlukan:

You may be interested in: