Nak Tangkap Isteri Curang, Lelaki Ini Sampai Terpaksa Mohon Surat Rentas Negeri
Semoga dipermudahkan urusan untuk abang ini.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Dalam sesebuah hubungan, ia memerlukan kesetiaan daripada kedua belah pihak supaya tidak mudah diganggu orang ketiga
Begitulah yang terjadi kepada seorang lelaki ini apabila dia memuat naik gambar surat mohon rentas negeri milik rakannya kerana alasan mahu menangkap isterinya berlaku curang.
Menerusi satu posting yang dimuat naik di akaun Twitter @AimanAfiq_s itu memaparkan bukti surat rentas negeri rakannya yang mahu menangkap isterinya bercinta dengan lelaki lain mendapat kelulusan dari balai polis berkenaan.
Menurutnya, kejadian tersebut benar-benar terjadi dan dia sudah pun meminta izin rakannya untuk menularkan cerita tersebut di laman Twitter.
“Benda ini memang jadi ya kawan-kawan. Saya sudah minta izin pemilik surat ini untuk ditularkan di laman Twitter. Setelah selesai kejadian tersebut, kawan saya nampak lebih tenang,” ujarnya.
Lihat ciapan penuh lelaki itu di bawah:
"Nak tulis sebab rentas negeri tu pun dah berkecai hati seorang lelaki.. Allahu" - Netizen
Tinjauan di ruangan komen pula mendapati, rata-rata pengguna laman Twitter menyokong dan ada yang turut sama berkongsi pengalaman mereka yang dicurangi ketika berkahwin.
Ketika artikel ini ditulis ciapan tersebut telah pun meraih lebih 4.5K retweets, 4.3 likes dan 500 comments.
Berikut di bawah antara komen menarik netizen di Twitter:
Semoga si suami tabah menghadapi ujian dan dugaan ini serta segala urusan beliau dipermudahkan. Amin Ya Rabbal Alamin!