Nama Anak Terlalu Panjang? Ini Panduan Paling Mudah Untuk Tukar Semula Nama Di JPN
Jika tak mahu menyesal di kemudian hari, seeloknya letak nama yang lebih pendek dan mudah disebut pada anak anda.
Seakan sudah menjadi trend pada hari ini, ibu bapa lebih gemar untuk meletakkan nama yang panjang kepada cahaya mata mereka
Jika diikutkan, nama yang panjang dan unik ini sememangnya sedap didengar namun malangnya, ada daripada nama tersebut sukar untuk disebut.
Melihat kepada trend tersebut, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada 2018 juga telah menetapkan syarat di mana ibu bapa tidak dibenarkan meletakkan nama melebihi 80 aksara bagi anak yang baru dilahirkan di negara ini.
Bagaimanapun, mungkin ada dalam kalangan ibu bapa sendiri yang mula 'menyesal' selepas memberikan nama yang terlalu panjang kepada anak mereka
Perasaan itu mungkin timbul lebih-lebih lagi apabila ia bakal memberikan kesukaran kepada mereka khususnya ketika ingin mendaftarkan nama anak di sekolah.
Justeru usah risau, untuk ibu bapa yang berhajat untuk menukar atau memendekkan semula nama anak, boleh baca perkongsian seorang ibu bernama Diana Hezrique di laman Facebooknya ini bagi panduan yang lebih mendalam.
Untuk menukar nama anak anda, sila bawa beberapa dokumen penting ke pejabat Jabatan Pendaftaran Negara yang berdekatan
Mama-mana yang nak tukar atau potong nama anak tu dah pergi buat ke? Saya dah sudah. Hanya sediakan salinan seperti berikut:
- kad pengenalan ibu bapa
- sijil kelahiran anak
- Mykid anak
- Sijil nikah
Ambil borang ke bahagian jabatan pendaftaran surat lahir, cakap borang nak ubah nama atau potong nama.
Bila dah isi borang, kena cop ke suruhanjaya sumpah. Kalau tidak mahu ke mahkamah, boleh pergi kedai photocopy atau kedai gambar tanya mereka di mana nak cari suruhanjaya sumpah.
Selalunya mereka buka meja di sebelah kedai photocopy atau kedai gambar. Macam di JPN Setia Tropika Johor, meja-meja suruhanjaya sumpah tu ada di kedai luar, depan bangunan JPN.
Menurut wanita ini, ibu bapa yang berhasrat untuk menukar nama anak mereka perlu menyatakan alasan yang kukuh kepada pihak JPN
Macam saya, bingung nak isi borang sebab dia nak tahu alasan kita tukar atau potong nama. Alasan paling kukuh, nanti susah bila dia sekolah.
Nanti saya bayar sahaja pekerja bahagian urus surat sumpah tu, 1 borang RM45, dia tolong settlekan semua. Tinggal datang sana, dia bawa ke kedai sebelah cop suruhanjaya sumpah.
Suami isteri dua-dua wajib ada sebab mereka nak tandatangan suami isteri. Kemudian, tinggal bawa sahaja semua borang tersebut ke bahagian daftar surat lahir anak.
Bawah 1 tahun bayar RM5, atas 2 tahun RM50. Boleh tukar nama bawah 12 tahun sahaja.
Bahagian Johor, kalau nak berurusan tentang di atas tu boleh call atau WhatsApp name card yang saya bagi tu. Dia tolong settlekan bahagian isi-isi borang dan cop diperlukan. Bayar sahaja dia.
Pada yang menyesal namakan anak panjang-panjang tu dan mahu potong nama anak, segeralah ke JPN.