“Nama Bayi Baru Lahir Tidak Boleh Melebihi 80 Abjad” - JPN
Yang suka sangat letak nama panjang tu, lupakanlah. Lagi pendek lagi simple.
TERKINI: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melarang ibu bapa untuk mendaftarkan anak mereka dengan nama panjang sehingga melebihi 80 aksara
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Berita Harian, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JPN, Jasri Kasim berkata bahawa 80 aksara itu turut merangkumi nama bapa, bin atau binti dan juga simbol seperti koma dan sebagainya.
Ini juga kerana ruangan nama yang disediakan di dalam borang pendaftaran adalah TERHAD. Hanya sehingga 80 abjad malah jarak antara perkataan juga akan dikira sebagai satu abjad.
Oleh itu, beliau juga meminta supaya ibu bapa mematuhinya. Manakala untuk rekod nama individu yang paling panjang setakat ini adalah 78 aksara.
Jasri juga menjelaskan mengenai hal ini bahawa pemberian nama yang membawa maksud tidak baik dan panjang juga secara tidak langsung akan memberikan kesan kepada anak-anak
“Ini menyusahkan anak mereka kelak khususnya ketika berurusan rasmi dengan agensi kerajaan kerana tidak semua jabatan menyediakan ruangan nama yang mencukupi seperti di JPN."
Tambahnya lagi, Jasri juga mengatakan rasa kasihan kepada anak yang mempunyai nama yang agak panjang. Ini kerana setiap kali musim peperiksaan, orang lain sudah menjawab beberapa soalan, namun mereka masih mengisi nama di kertas soalan.
Bukan setakat itu sahaja, selain pemberian nama yang membawa maksud tidak baik, turut ditegah memberikan nama anak dengan kumpulan nama gelaran yang dikurniakan oleh kerajaan seperti Tun, Tan Sri, Datuk, Datin, Puan Sri, Datuk Patinggi, Datuk Wira, Datuk Bentara Dalam dan Datuk Bentara Luar.
Ini diikuti nama pangkat atau jawatan contohnya, haji, imam, nabi, mufti, ketua menteri, gabenor, sarjan, laksamana, hakim atau permaisuri.
Lepas ini letak nama anak pendek-pendek jelah ok?
Senang nak sebut, senang nak ingat. ;)