seismik

[TERKINI] Jeruk Limau Popular Disahkan Mengandungi Kandungan Toksik Yang Tinggi

Bahaya!

Cover image via Google

Baru-baru ini telah tular tentang Jus Al Sunnah yang mengandungi bahan berbahaya iaitu Dezamethasone dan Prednisolone. Ianya merupakan bahan steroid yang terlarang di bawah Akta Makanan 1983.

Kini, kes yang hampir sama muncul pula dengan adanya kandungan yang berbahaya di dalam produk kulit limau jeruk yang popular. Menurut laporan, produk ini telah dikeluarkan oleh Jiabao jiuzhi chenpi dari China yang juga popular di beberapa buah negara termasuk Malaysia dan Singapura dikatakan mengandungi plumbum yang tinggi.

Pengeluar produk itu juga terkenal dengan makanan ringan jenis jeruk telah menerangkan bahawa, kemungkinan berlakunya sebarang pencemaran bagi produk yang dipasarkan di luar negara.

Image via postimg.cc

Produk ini juga turut dipasarkan ke Amerika Syarikat dan Australia.

South China Morning Post melaporkan bahawa ujian yang dijalankan oleh pihak berkuasa Pentadbiran Negeri bagi Peraturan Pasaran mendapati beberapa sampel produk ini mengandungi 8x ganda logam toksik

Pihak berkuasa juga telah menjelaskan pemeriksaan ke atas produk itu dijalankan sebanyak dua kali iaitu pada bulan Mac dan Mei yang lalu.

Pemantau pasaran mengatakan pemeriksaan yang dijalankan pada Mac lalu berjaya mengesan kandungan plumbum sebanyak tujuh kali ganda lebih tinggi daripada kadar yang ditetapkan.

Manakala pemeriksaan pada bulan Mei pula mendapati kandungan plumbum enam kali lebih tinggi dari yang sepatutnya.

Produk kulit limau jeruk berjenama 'Jiabao jiuzhi chenpi.'

Image via Lowyat Forum

Jika mengikut piawaian pihak berkuasa China, kandungan plumbum dalam produk makanan tidak boleh melebihi kadar satu miligram bagi setiap kilogram

“Ujian pertama menunjukkan kadar lapan miligram bagi setiap satu kilogram, manakala yang kedua menunjukkan kadar 6.69 miligram bagi setiap satu kilogram,” kata pihak berkuasa.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Google

Untuk pengetahuan anda, plumbum adalah satu bahan semula jadi. Namun, ia boleh menjadi toksik kepada manusia jika diambil dalam jumlah yang banyak, sekali gus menjejaskan pelbagai sistem dalam badan.

Malah, keterangan dari Pertubuhan Kesihatan Sedia (WHO) juga menyatakan bahawa ianya berbahaya kepada kanak-kanak. Terutamanya apabila dimakan dan ianya boleh menyerang otak serta sistem saraf yang mampu mengakibatkan koma, sawan dan kematian.

Hati-hati semua!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca kes tentang Jus Al Sunnah yang viral baru-baru ini:

Perkongsian lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: