seismik

18 Produk Marjerin Di Hong Kong Mengandungi Bahan Penyebab Kanser. Malaysia Pula?

Pihak Kementerian Kesihatan telah menjalankan ujian dan mengeluarkan kenyataan mengenai isu ini.

Cover image via thecoverage.my

Persatuan Pengguna di Hong Kong baru-baru ini telah mendedahkan bahawa hampir 20 produk marjerin yang dijual di pasaran tempatan didapati mengandungi bahan yang boleh menyebabkan kanser

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh The Standard, Persatuan Pengguna telah menjalankan ujian ke atas 30 jenis marjerin, mentega, dan produk lain yang berkaitan.

Image via The Standard

Asia Times juga turut melaporkan bahawa menurut Persatuan Pengguna, kebanyakan marjerin yang dijual di Hong Kong mengandungi bahan berbahaya yang dikenali sebagai Glycidol (epoxy propanol) iaitu bahan yang boleh menyebabkan kanser dan pencemar 3-MCPD yang boleh merosakkan buah pinggang dan sistem pembiakan lelaki.

Ujian telah mendapati bahawa 18 sampel marjerin dikesan mengandungi Glycidol manakala sekurang-kurangnya 16 sampel marjerin mengandungi 3-MCPD. Selain itu, separuh daripada 30 produk yang diuji mempunyai label pemakanan yang tidak tepat.

Menurut Persatuan Pengguna, pihak mereka telah menasihati orang ramai untuk memastikan pengambilan makanan yang mengandungi bahan karsinogenik dikurang atau dielakkan

Image via Asia Times

Pemantau pengguna Hong Kong menggesa orang ramai untuk mengikuti had yang disarankan oleh Pihak Berkuasa Keselamatan Makanan Eropah serta Pertubuhan Makanan dan Pertanian Bersama PBB.

Selain itu, keputusan ujian tersebut juga menunjukkan bahawa had harian 3-MCPD yang disyorkan adalah 2 mikrogram, bermaksud individu yang mempunyai berat 60kg tidak boleh mengambil lebih daripada 120mcg 3-MCPD setiap hari dan perlu mengambil 24 sudu sampel ujian.

Isu ini bukan sahaja menakutkan penduduk di Hong Kong, namun mendapat perhatian di Malaysia dan menyebabkan Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan kenyataan untuk memberikan penjelasan mengenai isu tersebut

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh KPkesihatan pada hari Jumaat, 20 April yang lalu, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, "KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan telah menjalankan pemantauan kandungan glycidyl esters (GE) dan 3-MCPD esters ke atas beberapa produk marjerin di Malaysia."

Hasil pemantauan mendapati kadar pendedahan pengguna di Malaysia terhadap GE dan 3-MCPD esters melalui pengambilan marjerin adalah rendah dan tidak mendatangkan risiko kesihatan kepada pengguna

Noor Hisham turut berkata bahawa pendedahan bahan-bahan berbahaya adalah rendah di kalangan rakyat Malaysia dan tidak akan menimbulkan risiko kesihatan kepada pengguna

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Image via New Straits Times

Walau bagaimanapun, sehingga kini masih belum ada maklumat saintifik yang jelas mengenai peratus kandungan GE dalam makanan yang boleh bertukar kepada Glycidol di dalam usus.

Glycidol merupakan bahan yang terhasil dari penguraian GE di dalam usus. GE adalah sejenis bahan cemar yang dikesan dalam semua jenis minyak dan lemak sayuran yang terhasil semasa proses penapisan pada suhu tinggi yang melebihi 240°C.

Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan berhubung isu keselamatan makanan, boleh terus hubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat

Boleh juga klik di link di bawah untuk sebarang pertanyaan:

  1. Kementerian Kesihatan Malaysia
  2. Facebook KKM

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Antara berita terkini di SEISMIK:

You may be interested in: