NASA Ada Buat 'Job Opening', Tawar Gaji Paling Rendah Hampir RM17,000 Sebulan
Fuhh lumayan!
Ada lagi ke yang tak kenal NASA?
NASA atau nama panjang National Aeronautics and Space Administration merupakan syarikat gergasi dari Amerika Syarikat yang bertanggungjawab dalam program berkaitan angkasa lepas, serta penyelidikan aeronautik dan aeroangkasa.
Syarikat ini menjadi terkenal di seluruh dunia terutamanya menerusi filem-filem Hollywood yang banyak memaparkan kepakaran serta kehebatan mereka dalam mengendalikan perihal roket, bulan, bintang, planet, angkasa lepas, black hole, dan banyak lagi.
Mereka yang bekerja di sini hanyalah golongan terpilih dan baru-baru ini, NASA telah membuat job opening untuk mencari bakat baru
Bagi sesiapa yang bercita-cita untuk bekerja dengan NASA khususnya rakyat Amerika Syarikat, ini merupakan peluang keemasan buat mereka. NASA baru-baru ini telah membuka kekosongan untuk beberapa jawatan dan gaji yang ditawarkan dilihat agak lumayan.
Menerusi tinjauan kami, gaji paling rendah yang ditawarkan adalah sebanyak USD47,264 setahun (RM198,320) untuk jawatan Electronics Engineer, manakala yang tertinggi pula sebanyak USD193,299 setahun (RM811,083) untuk jawatan Deputy Associate Administrator.
Ini bermaksud, kedua-dua jawatan ini masing-masing memperoleh gaji sebanyak RM16,527 dan RM67,590 sebulan.
Senarai kekosongan serta gaji tahunan boleh dirujuk di laman rasmi https://applyonline.nasa.gov/jobListing/.
Kalau nak jadi angkasawan macam mana pulak?
NASA turut mengendali Program Calon Angkasawan atau Astronaut Candidate Program bagi sesiapa yang berminat untuk mengikuti kursus angkasawan selama dua tahun di Johnson Space Centre, Texas.
Namun, selepas meneliti kemahiran atau requirements yang perlu ada pada calon, kami terus rasa tak yakin untuk memohon dan lupakan terus cita-cita untuk menjadi angkasawan.
Lagi pun, program ini hanya dibuka untuk warganegara Amerika Syarikat sahaja.
Calon angkasawan perlu mengikuti beberapa latihan intensif termasuk mempelajari bahasa Rusia, menguasai sistem Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), mengasah kemahiran robotik, dan macam-macam lagi.