seismik

Nasi Kandar Babi 'Laku Keras' Lepas Kontroversi - "Rakan Muslim Kata Saya Tak Buat Salah"

Hanya kerana daging babi.

Cover image via Berita Harian

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Selepas kontroversi baru-baru ini, pemilik perniagaan nasi kandar babi Pumbaa's Nasi Lemak dan Nasi Kandar di Petaling Jaya memberitahu bahawa perniagaannya semakin mendapat sambutan

Memetik laporan malaysiakini, peniaga, Suresh G memberitahu perniagaannya bertambah baik dan semakin ramai orang datang sokong semenjak tular di media sosial.

Katanya, ramai pihak memberi kata-kata semangat dan dia mendapat respon yang baik daripada kalangan pelanggannya.

Image via thereporter.my

Gerainya itu menjadi bualan ramai apabila ia didakwa boleh mengelirukan golongan muslim dan menghina industri nasi kandar

Bagaimanapun, Suresh memberitahu, dia bukan sahaja jelas memaparkan perkataan "tidak halal", tetapi gerainya juga terletak di kedai makan Cina tidak halal Good Old Days Restaurant and Bar di Damansara Jaya.

Sebelum ini, presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Jawahar Ali Taib Khan berkata tindakan itu dianggap sebagai satu bentuk penghinaan terhadap industri nasi kandar yang diketahui telah dipelopori oleh pengusaha restoran Muslim Tamil sejak beberapa dekad.

Namun, peniaga ini gembira kerana rakan-rakan muslimnya memberitahu bahawa dia tidak melakukan apa-apa kesalahan.

"Malah masyarakat Melayu, (rakan-rakan Islam) memberitahu saya untuk terus kuat dan memberitahu saya tidak melakukan kesalahan terhadap apa yang telah saya lakukan," katanya.

Terbaru, PRESMA menyatakan ia tidak lagi menjadi isu selepas mendengar penjelasan pemilik perniagaan itu

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

You may be interested in: