seismik

Neelofa, PU Riz Terima Lamaran Fellera Skin Jayakan Kempen Kecantikan & Kesihatan

Sebagai rekod, Fellera Skin merupakan produk tempatan yang diusahakan oleh syarikat bumiputera selain berjaya memiliki kilang di Kelantan.

Cover image via Utusan Malaysia

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Produk kecantikan dan kesihatan, Fellera Skin baru-baru ini mengumumkan kerjasama mereka dengan pasangan selebriti terkenal Neelofa dan suaminya, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz bagi menjayakan kempen kecantikan dan kesihatan melalui produk Jelly Ajaib Bellrossa Advances dan Jus Brightskinz

PU Riz, 28, berkata, dia dan Neelofa teruja untuk bekerjasama kerana ia adalah produk tempatan yang diusahakan oleh syarikat bumiputera selain berjaya memiliki kilang di Kelantan.

“Kalau sebelumnya saya dan isteri memang mewakili perniagaan sendiri, tapi kali ini kami dilamar pihak Fellera Skin bagi menjayakan kempen mereka. Tapi, bukan sebagai duta.

“Sebenarnya kami seronok dan tumpang bangga melihat anak tempatan apatah lagi orang Melayu berjaya dalam perniagaan. Walaupun pada masa sekarang ada banyak persaingan, tapi semangat dibawa mereka ini turut memberi aura positif buat saya dan isteri.

“Saya percaya, kejayaan yang dimiliki mereka hari ini bukan saja datangnya daripada pelanggan setia mereka, tapi juga kerja keras dan usaha yang dibuat. Disebabkan itu, diharapkan kerjasama kami ini sedikit sebanyak membantu,” katanya.

"Golongan lelaki juga perlu menjaga kesihatan dalaman sama seperti mana yang dititikberatkan pada wanita" - PU Riz

“Setiap produk yang dikeluarkan pastinya memenuhi manfaat ramai. Malah menjadi kepentingan dan keperluan wanita, lelaki dan mereka yang mempunyai masalah dalaman dan nak cantik secara sihat tanpa bahan terlarang.

“Paling penting juga, Fellera Beauty Malaysia Sdn Bhd adalah syarikat yang menjalankan sistem patuh Syariah dan menjalankan sistem bisnes secara agen dan stokis dan memberi ilmu spiritual teknik serta mengajar cara berniaga dengan Allah serta cara Rasulullah,” katanya.

Untuk pengetahuan semua, Fellera Skin yang mula menjalankan pernigaan kecantikan dan kesihatan sejak 11 tahun lalu juga akan menjadi penaja utama bagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2023 yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Untuk maklumat lanjut tentang produk Fellera Skin, anda boleh layari laman web mereka.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: