seismik

Akta Dipinda, Saluran Netflix Dan iflix Bakal Dikenakan GST

Apa pandangan anda?

Cover image via wsj.net

Syarikat ekonomi digital antarabangsa yang beroperasi di Malaysia seperti Netflix dan Iflix dijangka akan dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), lapor malaysiakini sebentar tadi

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Kastam Datuk Seri Subromaniam Tholasy, percukaian itu dapat menambahkan hasil kutipan kepada kerajaan.

“Ya,ya, ya, ya. Sudah tentu (Netflix dan Iflix akan dikenakan cukai),” katanya apabila ditanya pemberita dalam sidang media d Hotel Blue Wave, Shah Alam, hari ini.

malaysiakini.com

Ketua Pengarah Jabatan Kastam Datuk Seri Subromaniam Tholasy

Image via malaysiagazette.com

Katanya lagi, GST merupakan kaedah yang terbaik bagi memungut cukai perkhidmatan ekonomi digital berbanding Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)

“Kalau nak (cukaikan mereka, kita perlu) satu sistem percukaian moden, komprehensif dan progresif, nama cukainya adalah GST," sambungnya lagi

Beliau berkata kerajaan perlu berbuat demikian terhadap perniagaan dalam talian atau berdepan kehilangan pendapatan jika undang-undang itu tidak dipinda.

“Kalau masuk balik SST hilanglah satu sumber pendapatan yang besar, sekarang semua perkara dah guna digital dan kita tak boleh nak cukaikan kalau guna SST,” katanya.

Image via time.com

Pihaknya telah mengeluarkan sebanyak 62,000 notis kepada syarikat yang tidak mengemukakan cara percukaian GST dengan betul sehingga pertengahan tahun ini

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

You may be interested in: