Netizen Pecah Perut Lepas Baca Sebab Nasi Goreng Kampung Di Mamak ‘Rasa Lain’
Logik juga eh haha.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Siapa sangka menu yang selalu kita pesan di kedai mamak boleh jadi bahan jenaka paling kelakar di media sosial?
Semuanya bermula apabila seorang pengguna Threads berkongsi satu gurauan ringkas tentang nasi goreng kampung yang terus membuatkan ribuan netizen terhibur.
Menerusi hantaran tersebut, dia berseloroh kononnya kesilapan terbesar yang pernah dibuat ialah memesan nasi goreng kampung di restoran mamak.
Katanya, tukang masak mungkin menyediakan hidangan itu mengikut 'kampung dia", bukannya kampung pelanggan.


Gambar sekadar hiasan.
Image via RASAImage viaAyat ringkas itu terus mencetuskan gelombang komen lucu daripada pengguna media sosial yang sama-sama 'menyambung plot' gurauan berkenaan
Lebih mencuit hati apabila penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza, turut meninggalkan komen berseloroh.
Beliau membayangkan situasi pelanggan terpaksa menyebut nama kampung sebenar ketika membuat pesanan seperti 'nasi goreng kampung Kuala Lipis' sehingga membuatkan tukang masak pening memikirkan lokasi tersebut.
Di ruangan komen, ramai pula mengambil peluang berkongsi pengalaman masing-masing makan di restoran mamak.
Ada yang berkata setiap hidangan di sesetengah kedai mamak mempunyai rasa yang hampir sama, manakala ada juga yang berkongsi pengalaman tersalah menerima pesanan nasi goreng Thai apabila makanan yang sampai sebenarnya dimasak gaya mamak.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via