seismik

Netizen Undi 'Mati' Boleh Dipenjara 20 Tahun Kerana Subahat Dan Beri Galakan Bunuh Diri

Hati-hati menggunakan media sosial.

Cover image via SAYS via Stock

Pada 13 Mei 2019 lalu, negara digemparkan dengan berita seorang gadis remaja membunuh diri selepas mendapat 'undi mati' tertinggi di Instagram

Click to Reveal
Hide
Image from Astro Awani
Image via Astro Awani

Remaja 16 tahun itu bertindak terjun dari tingkat tiga sebuah pusat membeli belah di Bandar Baru Batu Kawa di Kuching, Sarawak.

Menurut laporan, mangsa memperoleh undian sebanyak 69 peratus daripada pengikutnya yang mahu dia mati menerusi undian di Insta Story.

"Really Important, Help Me Choose D or L," tulis mangsa di poll undian pada jam 3 petang

Gambar sekadar hiasan

Image via SAYS

D merujuk kepada 'Die' iaitu mati, manakala L merujuk kepada 'Live' iaitu hidup.

Malangnya, mangsa menerima undian D yang lebih tinggi berbanding L dan nekad untuk membunuh diri selepas itu. Beliau juga dikatakan telah memuat naik satu status di FB seolah-olah memberitahu dia telah penat dengan hidupnya.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh tidak faham bagaimana netizen boleh mengesyorkan remaja terbabit untuk membunuh diri

“Saya terkejut bagaimana sesetengah netizen boleh merestui dia (mangsa) membunuh diri.

“Apa yang mengejutkan adalah 69 peratus dari rakan akaun media sosialnya dilapor telah menyokong keinginan dirinya untuk membunuh diri," kata Ramkarpal yang dipetik dari Malaysia Kini.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh

Image via NST

Ramkarpal berkata, remaja itu mungkin masih hidup jika netizen tidak mengalakkannya melakukan perkara tersebut.

“Mungkinkah gadis itu masih hidup hari ini jika majoriti netizen tidak mengalakkannya supaya mengambil nyawa sendiri?

“Mungkinkah dia akan mendengar nasihat netizen untuk mendapatkan bantuan profesional sekiranya mereka mencadangkan dia berbuat demikian? Pelbagai persoalan timbul atas insiden malang ini," katanya lagi.

Suruhanjaya Komunikadi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memandang serius perkara ini dan mendakwa netizen yang mengundi 'mati' boleh dikenakan penjara 20 tahun kerana bersubahat

Image via astroawani.com

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, MCMC menasihatkan supaya pengguna media sosial lebih prihatin dan bertanggungjawab, serta betindak melaporkan kepada pihak polis sekiranya terdapat kes yang cenderung kepada membunuh diri.

MCMC juga memberitahu bahawa perbuatan subahat adalah kesalahan di bawah Seksyen 305 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara 20 tahun dan dikenakan denda.

Baca kenyataan penuh di bawah:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Sedih bila baca:

You may be interested in: