seismik

"Maafkan Saya, Saya Bukan Anak Yang Baik" - Nota Terakhir Buat Keluarga Sebelum Bunuh Diri

Lelaki tersebut menamatkan nyawanya berdekatan sebuah tokong.

Cover image via bharian.com.my

Seorang lelaki berusia 38 tahun sempat meninggalkan nota untuk keluarganya sebelum membunuh diri

Kejadian tragis ini berlaku petang semalam di Tokong Buddha Lim Fan Sah, Jalan Tabuan, Kuching.

Menurut laporan Berita Harian, mangsa dijumpai tidak sedarkan diri serta berlumuran darah di dalam kereta oleh pekerja tokong berkenaan petang semalam.


Image via Berita Harian

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ng Ah Lek berkata, lelaki terbabit menggunakan senjata tajam untuk mengelar pergelangan tangan kiri dan kanan

Tambahnya lagi, dalam rakaman kamera litar tertutup tokong berkenaan, lelaki tersebut memasuki kawasan tokong dalam jam 1.45 petang.

Beberapa jam selepas itu, pekerja tokong terjumpa lelaki tersebut dalam keadaan berlumuran darah dan terus membuat panggilan polis.

"Sepasukan polis dari Balai Polis Sentral kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian untuk pemeriksaan lanjut," katanya.

Image via Berita Harian

Pemeriksaan lanjut menemui nota ditulis dalam Bahasa Cina oleh lelaki terbabit yang meminta maaf kerana tidak menjadi anak yang baik

Dari siasatan pihak polis, lelaki yang bekerja sebagai buruh itu merupakan anak kedua daripada tiga beradik yang berasal dari Kuching.

"Polis juga menemui sebilah pisau yang digunakan lelaki terbabit untuk mencederakan dirinya di dalam kereta berkenaan," katanya.

Mayat lelaki terbabit dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Image via Berita Harian

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi berita menarik dari SEISMIK;

You may be interested in: